Quantcast
Channel: MMFC News Portal
Viewing all 2052 articles
Browse latest View live

Amar Rohidan Kembali Ke Kedah

$
0
0


AMAR ROHIDAN, Kudrat pemain Senior Di Tagih.

Kembalinya Amar Rohidan bak sirih pulang ke gagang kerana beliau pernah beraksi dengan skuad hijaukuning 2 musim 2011 dan 2012.

Kehadiran beliau pasti digunakan sepenuhnya oleh Tan Cheng Hoe yang cukup mengenali beliau ketika di kem Harimau Malaya dibawah kendalian K Rajagopal. Penambahan kuota pemain tengah sudah pasti akan memberi persaingan sihat antara pemain muda dan senior seterusnya hanya yang terbaik akan dipilih untuk membarisi bahagian nadi utama skuad hijaukuning 13 Februari nanti.


Pernah diiktiraf antara pemain tengah terbaik di Malaysia suatu ketika dulu, diharapkan prestasi Amar akan terus pulih dan dapat membantu skuad hijaukuning musim ini. Sebelum ini, kelibat beliau agak terhad ketika 2 musim bersama kelab lamanya, Kelantan FA.

Selamat berjuang Amar Rohidan bersama skuad hijaukuning!

BIODATA AMAR ROHIDAN

Nama penuh: Mohd Amar bin Rohidan
Tarikh lahir: 23 April 1987 (28 tahun)
Tempat lahir: Kedah
Tinggi: 1.72 m (5 kaki 7 1⁄2 in)
Posisi bermain: Tengah
Nombor Jersi: 12

Info Kerjaya
Tahun/Pasukan/Bil Beraksi/Gol
2005-2010 Perlis FA 89 (17)
2011–2012 Kedah FA 56 (10)
2013 Felda United 24 (6)
2014–2015 Kelantan FA 13 (0)

Pasukan Kebangsaan
Tahun/Pasukan/Bil Beraksi/Gol
2009 Malaysia U-23 16 (3)

Azmeer Yusof Perkuat Jentera Pertahanan Lang Merah 2016

$
0
0


AZMEER YUSOF perkuatkan pertahanan kiri skuad Kedah.

Azmeer dengan aset sepakan kidal bakal menguatkan benteng pertahanan skuad hijaukuning. Dalam era bolasepak kini, pemain berkaki kidal agak kurang dan pasti kehadiran beliau bagi memastikan adanya persaingan sihat antara pertahanan kiri skuad Kedah.

Walaupun nama beliau tidak segah dengan pemain bintang lain, semoga pengalaman beraksi dengan beberapa buah negeri sebelum ini dapat dijadikan panduan dalam menghadapi cabaran Liga Super 2016 bersama Kedah.


Selamat maju jaya Azmeer!

BIODATA AZMEER YUSOF

Nama penuh: Azmeer Bin Yusof
Tatikh lahir: 25 May 1990 (25 tahun)
Tempat lahir: Taiping, Perak
Tinggi: 1.74 m (5 kaki 8 1⁄2 inci)
Posisi bermain: Pertahanan kiri
Nombor Jersi: 25

Info Kerjaya
Kerjaya Remaja
2006–2007 Kuala Lumpur FA President's Cup

Kerjaya Senior
Tahun/Pasukan/Bil Beraksi/Gol
2008 Kuala Lumpur FA 8 (5)
2009 Proton FC 20 (2)
2010–2011 Perak FA 31 (1)
2011–2012 Pos Malaysia FC 17 (0)
2012 → Negeri Sembilan FA (loan) 6 (0)
2012–2013 Negeri Sembilan FA 18 (0)
2014–2015 Perak FA 34 (0)
2015 ATM FA
2016 Kedah FA 0 (0)

Australia Muncul Juara Keseluruhan Kejohanan Remaja ISAF 2015

$
0
0


LANGKAWI, 3 Jan (Bernama) -- Australia muncul juara keseluruhan Kejohanan Layar Remaja Dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) 2015 yang berakhir di sini, hari ini.

Negara itu yang hanya menduduki tangga ketujuh dalam kejohanan edisi 2014 di Tavira, Portugal merampas kejuaraan berkenaan daripada juara bertahan Sepanyol manakala New Zealand di tempat kedua dan Perancis ketiga.

Pencapaian Australia itu berdasarkan kedudukan kelompok lima terbaik pada setiap kategori yang dipertandingkan yang menyaksikan pelayar mereka, Alistair Young muncul juara kategori Laser Radial Lelaki.

Gandingan Nia Jerwood dan Lisa Smith turut menyumbang kepada kejayaan Australia apabila menduduki tempat kedua keseluruhan bagi acara 420 Wanita.

Malaysia sebagai tuan rumah menduduki tempat ke-21 dari 76 negara yang mengambil bahagian.

Kejohanan seminggu itu memberi peluang kepada pelayar negara mendapat pendedahan dan bersaing dengan peserta bertaraf dunia.

Antara pencapaian terbaik Malaysia adalah menerusi Asri Azman yang menduduki tangga ke-16 acara Laser Radial Lelaki daripada 68 pelayar yang mengambil bahagian.

Gandingan Khairun Hanna Mohd Afendy dan Siti Nur Fatihah Norulkhairi turut menduduki tangga ke-16 daripada 24 penyertaan bagi acara International 420 Wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kedah yang juga Presiden Persatuan Perahu Layar Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid akan menyampaikan hadiah kepada pemenang di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) malam ini.

Seramai 424 pelayar dari 76 negara menyertai kejohanan itu yang mempertandingkan sembilan kategori lelaki dan wanita.

-- BERNAMA

SG Batu 500BC Tempat Sejarah Yang Patut Dilawati Di Kedah #DiscoverKedah2016

$
0
0


Sungai Batu, merupakan satu kawasan yang terletak di kawasan Merbok sebenarnya telah tersimpan satu sejarah tamadun berharga bagi Negeri Kedah yang patut dilawati sempena #DiscoverKedah2016,

Di kawasan tersebut pada dahulu kala sebenarnya telah wujud sebuah tamadun yang tertua di Asia Tenggara yang dikenali tamadun 'Kedah Tua' .

Untuk pengetahuan , kewujudannya tamadun 'Kedah Tua' lebih tua dari kewujudan Angkor Wat di Kemboja yang dibina pada pertengahan abad ke 12 dan lebih tua kewujudannya dari Candi Borobudur yang dibina pada 750 hingga 850 Masihi.

Melalui kajian bukti-bukti yang diperolehi, sejarah tamadun Kedah Tua yang terletak di Sungai Batu, Merbok itu telah wujud sejak 500 Sebelum Masihi lagi. Ternyata ianya satu tamadun yang kita rakyat Malaysia amnya dan rakyat Kedah khususnya patut banggakan.

Saksikan video yang menceritakan kehebatan tamadun 'Kedah Tua' yang patut anda datang dan lihat sendiri dihadapan mata.


5 Pemain Harimau Muda Kembali Ke Kedah

$
0
0


Selamat datang ke skuad hijaukuning buat FARHAN, ARIF FARHAN, ASRI, SYAWAL dan AMIRUL!

Pemain muda berbakat besar ini telah lama berkelana bersama skuad Harimau Muda dan akhirnya hari ini mereka berlima kembali berlatih bersama skuad hijaukuning.

Kepulangan 5 pemain ini bakal menguatkan skuad hijaukuning dari bahagian penjaga gol hinggalah posisi serangan.



Ura-ura kembalinya pemain ini ke Kedah sudah bertiup lama tetapi kerana kontrak mereka bersama Harimau Muda hanya berakhir November tahun lepas, peluang terhidang buat semua pemain berbakat ini kembali bersama skuad hijaukuning.

Berpengalaman diperingkat antarabangsa bersama Harimau Muda dan beraksi di Liga-Singapura, cabaran Liga Super 2016 pasti berbeza buat mereka dengan setiap pasukan Liga Super 2016 akan memberi cabaran sengit untuk merebut kejuaraan Liga Super 2016.


Teruskan perjuangan, sematkan dalam diri Kedah pantang kalah!



Pameran Kegemilangan Tamadun Islam di Muzium Kedah #DiscoverKedah2016

$
0
0

YAB Menteri Besar Kedah, Dato Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir merasmikan Pameran Kegemilangan Tamadun Islam di Muzium Negeri Kedah. Program yang berlangsung selama 3 bulan ini mempamerkan ciptaan cendiakawan Islam ketika kegemilangan tamadun Islam dahulunya.

Dalam sidang media YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, beliau menekankan bahawa penting juga cara bagaimana pameran ini membuktikan kepada kita tentang tamadun Islam, berkurun lamanya tapi tidak asing daripada inovasi dan kerja-kerja saintifik.

Beliau juga berpendapat, jauh sekalilah Islam menganggap bahawa sains dan teknologi itu suatu yang sekular, tidak langsung ada kaitan dengan agama, sebaliknya bagi umat Islam itu sendiri, mereka harus memahami bahawa Islam sangat mengalakkan innovasi dan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.



Pameran Islam ini membuktikan bahawa pencipta-penyelidik Islam memberi impak yang begitu ketara sekali dengan teknologi masa kini. 

Teknologi kamera, astrologi, navigasi, bagaimana kita mengukur masa, penerbangan, pembedahan dan macam-macam lagi. Seribu satu macamlah.. inovasi ciptaan penyelidik muslim yg hasilnya kita nikmati hingga kehari ini.

"Saya harap ianya boleh mendorongkan lagi anak muda kita, tekun belajar..satu mengenai latarbelakang sesuatu teknologi, boleh mengalakkan mereka pula sikap ingin tahu dan menyelidik perkara-perkara baru yang belum diketahui pada waktu ini". Jelasnya.

YAB Menteri Besar juga berharap pameran yang dibuat hingga ke bulan Mac, akan disertai oleh sekolah-sekolah di Kedah dan menghantar seramai mungkin menghantar pelajar-pelajar kerana pameran ini ianya bukan hanya pameran tapi ilmu pengetahuan yang penting kepada para pelajar.

Untuk melawat pameran Islam yang amat menarik ini, anda boleh kunjung ke Muzium negeri Kedah mulai dari hari ini hingga ke bulan Mac nanti.

Bayaran Masuk.

RM10 Dewasa
RM5 Kanak-kanak (7 - 17 tahun)
RM2 Untuk Pra Sekolah

Ada package untuk sekolah dan keluarga.

‪#‎Islam‬‪#‎PameranIslam‬‪#‎HanyaDiKedah‬‪#‎KedahSerataRata‬‪#‎DiscoverKedah‬

Lokasi Menarik Bandaraya Alor Setar Yang Boleh Dilawati #DiscoverKedah2016

$
0
0


Kedah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana banyak tempat menarik yang terdapat di sana selain terkenal dengan sawah padi yang menghijau. Alor Star, ibu negeri Kedah mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik lagi bersejarah. Dengan penduduk kira-kira 400,000 orang, ia antara bandar tertua rantau ini. Ramai yang mencari tempat menarik di alor setar kedah khususnya tempat makan di sekitar alor setar. 

Antara tempat-tempat menarik di alor setar iailah seperti Balai Besar, Alor Setar, Balai Nobat, Alor Setar, Balai Seni Negeri, Alor Setar, Galeri Sultan Abdul Halim, Kota Kuala Kedah, Masjid Zahir, Menara Alor Setar, Muzium Negeri, Muzium Padi, Alor Setar dan Rumah Kelahiran Tun Mahathir


Menara Alor Setar

Menara Alor Setar terletak di tengah-tengah Alor Setar dan ia menjadi mercu tanda yang mewakili pembangunan pesat di Kedah. Ia adalah menara ke-2 tertinggi di Malaysia dan ke- 19 di dunia. Ia dibuka secara rasmi kepada pelawat pada 14 Julai 2007 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Masjid Zahir

Masjid Zahir dibina pada tahun 1912 di mana ia di antara masjid yang cantik di Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar di mana rekabentuknya diilhamkan oleh lewat Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II.

Balai Besar

Balai Besar telah dibina pada tahun 1898. Ia terletak berhampiran padang dataran atau bandar utama Alor Setar. Balai Besar masih digunakan untuk upacara diraja dan beberapa fungsi negeri. Pengaruh Thai dalam seni bina ia dilihat dalam beberapa ukiran kayu yang kompleks.

Balai Nobat

Asalnya dibina pada tahun 1854 dan diubahsuai pada tahun 1906. Ia adalah sebuah rumah instrumen suci Orkestra Diraja, dimainkan hanya sepanjang upacara diraja sulung, perkahwinan dan pengebumian. Instrumen yang menghasilkan strain menghantui muzik nobat terdiri daripada tiga gendang, gong, dan seruling.

Pekan Rabu

Pasar Rabu yang dibuka setiap hari dari pagi hingga malam menjual pelbagai hasil ladang tempatan, kraftangan, hidangan tempatan, pakaian, buah-buahan dan perhiasan boleh didapati di sana.

Istana
 Cik Spacendra

Bangunan ini terletak di Alor Setar, yang dibina pada 1882.Ia juga dikenali sebagai Istana Kampung Bharu. Ia adalah istana Cik Spacendra isteri pertama Sultan Abdul Hanaid Halint Shah (1881-1943).

Pusat Sains Negara

Pusat Sains Negara adalah destinasi yang menarik untuk dilawati di Alor Setar. Ia terletak di Gunung Keriang kira-kira 8 km dari bandar Alor Setar. Ia memaparkan kepada awam tentang sains dan teknologi serta inovasi baru. Pusat ini dibuka bermula dari 9 pagi hingga 5 petang dan masuk adalah percuma.

Muzium Padi

Muzium Padi ini terletak berhampiran Gunung Keriang yang merupakan di anatara tarikan pelancong apabila sampai di Kedah. Antara pameran yang menarik di dalam ialah terdapat pelbagai peralatan padi, basikal tua, perangkap ikan dan banyak lagi.

Istana Anak Bukit

Istana Anak Bukit merupakan tempat yang indah untuk pelawat kunjungi kerana ia dihiasi dalam gaya formal landskap yang unik dan cantik.

Alor Star, ibu negeri Kedah mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik lagi bersejarah. Dengan penduduk kira-kira 400,000 orang, ia antara bandar tertua rantau ini.

Bandar itu terletak 93 kilometer ke utara Butterworth, Pulau Pinang dan 45 kilometer ke selatan sempadan Malaysia-Thailand.

Alor Star melahirkan ramai pemimpin negara seperti Perdana Menteri Malaysia pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ayahanda Perdana Menteri kelima Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Allahyarham Datuk Ahmad Badawi Abdullah, juga berasal dari Alor Star, walaupun lahir di Kepala Batas, Butterworth, Pulau Pinang.

Alor Star telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada Disember 21, 2003 oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Ini adalah antara tempat menarik di Alor Star.

Balai Besar

Bangunan ini dibina pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah. Dinding, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu.

Bangunan ini rosak teruk ketika tentera Siam menyerang Kedah.

Ketika pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah, baginda yang merupakan ayahanda Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia pertama, membaik pulih bangunan ini.

Banyak acara penting diadakan di bangunan ini, antaranya perkahwinan diraja dan persidangan Dewan Undangan Negeri dari tahun 1905 hingga 1973.

Balai Nobat

Bangunan ini dibina setinggi lapan meter dan lima meter lebar. Ia menyimpan pelbagai khazanah peralatan muzik diraja, antaranya serunai, nafiri, gendang dan gong.

Galeri Seni Lukis


Bangunan ini menghimpunkan pelbagai hasil seni termasuk seni lukis, fotografi, pertukangan tangan dan peralatan muzik.

Pekan Rabu


Pekan Rabu terletak berdekatan bangunan jabatan kerajaan. Walaupun namanya Pekan Rabu, perniagaannya dibuka setiap hari berikutan sambutan orang ramai. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan termasuk pakaian, kraftangan dan makanan tradisional.

Masjid Zahir

Masjid ini dibina pada tahun 1912 sebagai penghargaan kepada Tunku Mahmud Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Tapak perkuburannya mengandungi makam pahlawan negeri yang mempertahankan Kedah dari serangan Siam pada 1821.

Muzium Diraja Kedah


Bangunan ini asalnya diperbuat daripada kayu dan dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah pada 1735.

Tunku Abdul Rahman dilahirkan dan dibesarkan di bangunan bekas istana ini.

Menara Alor Star

Ia terletak di tengah bandaraya Alor Star dengan ketinggian 165.5 meter.

Ia adalah lambang kemodenan dan kepesatan pembangunan di Kedah. Ia berfungsi sebagai menara telekomunikasi dan tarikan pelancong.

Menara ini adalah menara telekom kedua tertinggi di negara ini dan ke-19 di dunia.

Terusan Wan Mat Saman

Tali air terpanjang di negara ini. Ia menghubungkan Sungai Kedah di Alor Star dengan kaki Gunung Jerai di Gurun, Sungai Petani, di selatan Kedah.

Ia dibina untuk memberi kemudahan pengairan kepada petani di Kedah sebab Kedah ialah periuk nasi Malaysia.

Terusan ini dibina dari tahun 1885 ke 1895 tanpa peralatan sains dan teknologi moden oleh Datuk Wan Mat Saman Wan Ismail, Datuk Bendahara Kedah di zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Wan Mat Saman adalah nenda saudara kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat.

Tempat kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad

Titian Kanopi Sg Sedim Terpanjang Di Dunia #DiscoverKedah2016

$
0
0


Laluan Kanopi Sungai Sedim ialah sebuah lokasi ekopelancongan yang terletak di Hutan Simpan Gunung Inas, Kulim, Kedah, berhampiran Bukit Hijau. Di sini terdapat titian kanopi sepanjang 950 meter dan setinggi 50 m dari tanah yang merupakan titian terpanjang di dunia.

Laluan Kanopi Sedim juga merupakan adalah titi gantung sepanjang 1.5 km. Ianya terletak di kawasan Hutan lipur Sungai Sedim dan hanya 30km daripada Bandar Kulim.Laluan Kanopi Sedim mempunyai ketinggian sehingga 34450 mm dari aras tanah. Hutan Lipur Sedim terletak di kawasan Gunung Inas yang cantik dan dipenuhi alam flora dan fauna.

Disamping merasai keseronokan menaiki titi gantung ini, pengunjung juga dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang segar, hijau dan nyaman. Pengunjung juga boleh mengenalpasti setiap jenis pokok yang terdapat di Hutan Lipur ini kerana setiap flora telah diletakkan label.

Antara pokok yang dikenalpasti seperti pokok Kulim, Meranti, Cengal, Sesenduk dan pokok hutan yang lain. Para pengunjung juga disediakan tempat untuk mendapatkan maklumat. Terdapat berbagai cenderamata yang beraneka corak, bentuk dan warna untuk para pengunjung jadikan kenang-kenangan.

Setelah penat berjalan, penginapan juga ada disediakan. Bintang Sedim Villa bertaraf chalet. Ringkas, cantik dan nyaman, itulah konsep Bintang Sedim Villa. Disini juga pengunjung boleh melakukan aktiviti lasak seperti berkayak dan aktiviti mendaki gunung.

Pelancong dari dalam dan luar negari datang ke sini dengan tujuan untuk menikmati alam asli yang sunyi dari hiruk pikuk kota serta untuk menikmati pemandangan flora dan fauna yang terdapat di sepanjang titian kanopi ini. Pelancong berpeluang melihat pemandangan hutan hujan tua ini dari perspektif yang amat berlainan ketika menyusuri Tree Top Walk ini.

Pelancong boleh melihat pemandangan sungai yang mengalir deras dan jenis-jenis tumbuhan dan kehidupan liar yang sungguh menawan – kesemuanya dari ketinggian 50 m dari tanah.



Panduan Pelawat

Pakai sandal atau sepatu yang sesuai untuk berjalan jauh dan bawa air minum yang banyak serta sedikit makanan ringan kerana anda perlu merentas hutan melewati sebatang jalan untuk sampai ke Tree Top Walk ini. Tambahan lagi, setelah anda menaiki titian ini, tiada tempat untuk anda membeli minuman.
Transportasi

Dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) dan ambil jalur keluar di Seberang Jaya, menuju ke Lebuhraya Butterworth-Kulim (NKE) dan terus menuju ke Mahang.

Dari Alor Setar , gunakan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) terus ke Kulim dan kearah Sedim.

Lokasi Alat Bantuan GPS Gamin, Papago dan Ovi map
Pusat Informasi

Untuk informasi lebih lanjut, anda boleh melayari web berikut http://www.treetopwalk.com.my/index.html Selain itu, anda juga boleh menghubungi Pejabat Tourism Malaysia Kedah di nomor +604-731 2322 / 730 1322 atau Pusat Penerangan Pelancongan Bukit Kayu Hitam di nombor +604-9222 078.
Penginapan

Tempat penginapan terdekat disini terdapat , Sedim Eco Resort di Sedim dan banyak chalet-chalet di Sedim dan Hotel di sekitar bandar Kulim kira-kira 30 km dari sini.


Video : Mai Jangan Tak Mai Pameran 1001 Inventions Di Muzium Negeri Kedah

$
0
0


Pameran Kegemilangan Tamadun Islam yang menarik di Muzium Kedah!

Kelmarin YAB MB Merasmikan Pameran Kegemilangan Tamadun Islam di Muzium Negeri Kedah (Video) . Program yang berlangsung selama 3 bulan ini mempamerkan ciptaan cendiakawan Islam ketika kegemilangan tamadun Islam dahulunya.

Dalam sidang media YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, beliau menekankan bahawa penting juga cara bagaimana pameran ini membuktikan kepada kita tentang tamadun Islam, berkurun lamanya tapi tidak asing daripada inovasi dan kerja-kerja saintifik.. beliau juga berpendapat, jauh sekalilah Islam menganggap bahawa sains dan teknologi itu suatu yang sekular, tidak langsung ada kaitan dengan agama, sebaliknya bagi umat Islam itu sendiri, mereka harus memahami bahawa Islam sangat mengalakkan innovasi dan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.


Pameran Islam ini membuktikan bahawa pencipta-penyelidik Islam memberi impak yang begitu ketara sekali dengan teknologi masa kini. Teknologi kamera, astrologi, navigasi, bagaimana kita mengukur masa, penerbangan, pembedahan dan macam-macam lagi. Seribu satu macamlah.. inovasi ciptaan penyelidik muslim yg hasilnya kita nikmati hingga kehari ini.

Saya harap ianya boleh mendorongkan lagi anak muda kita, tekun belajar..satu mengenai latarbelakang sesuatu teknologi, boleh mengalakkan mereka pula sikap ingin tahu dan menyelidik perkara-perkara baru yang belum diketahui pada waktu ini.

YAB MB juga berharap pameran yang dibuat hingga ke bulan Mac, akan disertai oleh sekolah-sekolah di Kedah dan menghantar seramai mungkin menghantar pelajar-pelajar kerana.. pameran ini ianya bukan hanya pameran tapi ilmu pengetahuan yang penting kepada para pelajar.

Untuk melawat pameran Islam yang amat menarik ini, anda boleh kunjung ke Muzium negeri Kedah mulai dari hari ini hingga ke bulan Mac nanti.

Bayaran Masuk.
RM10 Dewasa
RM5 Kanak-kanak (7 - 17 tahun)
RM2 Untuk Pra Sekolah
Ada package untuk sekolah dan keluarga.


Pameran Kegemilangan Tamadun Islam yang menarik di Muzium Kedah!Kelmarin YAB MB Merasmikan Pameran Kegemilangan...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Monday, 4 January 2016

Pemain Muda Kedah Jalani Latihan Di Perth

$
0
0


Tiga pemain muda daripada program skuad pembangunan bola sepak Kedah akan menjalani latihan selama lima minggu bersama kelab Liga Australia, Perth Glory FC.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Aminuddin Omar berkata mereka ialah Muhammad Ikmal Hakim Murshariza, 17, Muhammad Asnawi Sonkurnain, 18, dan Mohd Shaiful Mohd Khalid, 20.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan dan Pembangunan Insan Negeri berkata pemilihan mereka dibuat berdasarkan prestasi yang ditunjukkan mereka pada perlawanan akhir Piala Menteri Besar Kedah yang berlangsung Ogos tahun lepas.

"Tujuan kita hantar pemain muda ialah untuk memberi pendedahan awal mengenai teknik dan corak permainan agar pemain tersebut dapat memajukan diri mereka dalam industri bola sepak negara," katanya pada sidang media di sini Selasa.



Beliau berkata sejak dua tahun lepas pihaknya menghantar pemain muda di bawah program pembangunan bola sepak untuk mendapatkan pendedahan dan pengalaman menjalani latihan bersama Perth Glory FC dan Cardiff City FC.

Aminuddin berharap pemain muda itu yang bakal mewakili skuad utama pasukan Kedah dapat memanfaatkan peluang tersebut untuk menimba lebih banyak ilmu untuk meningkatkan prestasi mereka.

Selain itu, katanya jurulatih dan penolong jurulatih skuad pembangunan bola sepak negeri yang mengiringi tiga pemain itu berpeluang untuk mendapatkan pengalaman baharu bersama pihak kejurulatihan kelab tersebut.

Beliau berkata tempoh lima minggu itu adalah mencukupi untuk pemain dan jurulatih mendapat input penting dari pasukan luar negara itu untuk dimanfaatkan oleh pasukan negeri di masa akan datang.

Katanya pengalaman jurulatih tersebut akan digunakan untuk melatih pemain muda bawah 19 (skuad Piala Belia) dan bawah 21 (skuad Piala Presiden).

Sementara itu Mohd Shaiful berkata beliau akan menggunakan peluang tersebut untuk mempelajari teknik permainan pasukan luar bagi mempersiapkan diri dalam menghadapi saingan Piala Presiden musim ini.

Anak ketujuh dari 10 beradik tersebut yang bermain untuk pasukan Baling FC tahun lepas tidak menyangka bakat kampung sepertinya dilihat oleh barisan kejurulatihan skuad pembangunan bola sepak negeri dan digilap.

"Saya akan mantapkan diri dari segi fizikal dan mental untuk berlatih bersama kelab luar negara itu dan ilmu yang diperoleh akan dikongsikan bersama rakan yang lain nanti," kata pemain penyerang itu.

-- BERNAMA

Senarai Nama Pemain Skuad Piala Presiden Kedah 2016

$
0
0


Sekitar Majlis Tandatangan Kontrak Skuad Piala Presiden Kedah 2016. 20 orang pemain hadir menandatangani kontrak bersama Kedah FA.

Senarai nama pemain skuad Piala Presiden Kedah:

1. Mohd Ifwat Akmal Che Kassim (GK)
2. Muhammad Yusuf Che Hat (GK)
3. Muhd Asri Muhammad (GK)
4. Muhammad Suhaimie Saad
5. Mohd Loqman Hakim Marzuki
6. Akmal Afizan Ahamd Tajudin
7. Muhammad Norfiqrie Abdul Talib
8. Mohd Shaiful Mohd Khalid
9. Muhammad Azryl Reza Zamri
10. Mohamad Fadzil Mustaffa
11. Cheevaneswaran A/L Sivam
12. Muhammad Adam Akmal Khairol Faizi
13. Muhammad Muzaimir Abdul Hadi
14. Ahmad Hakimiey Ahmad Tajudin
15. Muhammad Akhyar Abdrul Rashid
16. Mohammad Hidhir Idris
17. Mohd Irwan Syazmin Wahab
18. Aminuddin Abu Bakar
19. Mazlan Mohamad
20. Som Keat A/L Praseart
21. Mohd Badrul Amin Abd Razak
22. Mohd Akhmar Haiqal Azhar
23. Muhd Shahrul Akmal Mohd Adnan





inffo : Media KFA 

Senarai 25 Pemain Piala Belia U 19 Kedah

$
0
0

Petang tadi telah diadakan majlis tandatangan Pemain Piala Belia U 19 Kedah 2016 di Hotel Seri Malaysia Alor Setar. 

Majlis tandatangan pemain disaksikan oleh Pengurus Pasukan Piala Belia Kedah, En Haris Che Mat. 

Seramai 25 pemain terbaik telah dipilih dari setiap daerah di Kedah. Lebih 1000 orang pemain mencuba nasib mereka dan 25 terbaik ini dipilih oleh Pihak Pengurusan Skuad Piala Belia Kedah U 19. 


Skuad Piala Belia Kedah 2016.

Pengurus: En. Haris Che Mat

Ketua Jurulatih: Roshidi Shaari

Jurulatih Kecergasan: Zairon Zainol

Penolong Jurulatih: Fauzi Nan

Jurulatih Penjaga Gol: Isshamwil Azmi

Pegawai Tadbir: Mohd Zaini Safie

Pegawai Perubatan: Nik Nor Azam Nik Aziz

Pegawai Alatan: Firdaus Abd Hamid

Pegawai Keselamatan: Gani Yunus



Senarai pemain:

1. Mohd Badrol Amin Ayob (GK)

2. Mohd Syazwan jamil (GK)

3. Muhd Nasaruddin Johadi (GK)

4. Mohamad Asnawi Sonkurnain

5. Mohd Shukri Ismail

6. Muhammad Zulhafizi Zamri

7. Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam

8. Muhd Alif Romli

9. Kishen Raj A/L Maran

10. Muhd Azrie Reza Zamri

11. Muhammad Saiful Amiri Ismail

12. Muhd Fitri Daud

13. Muhd Nazrul Najmi Mohd Noor

14. Mohamad Norhamizikri Hamid

15. Muhamad Nazrul Naim Mohd Noor

16. Muhd Hanis Mazlan

17. Mohd Hasrul Helmi Zakaria

18. Mohd Asyraf Mohd Yunus

20. Mohd Izzat Iqmar Mohd Zaidi

21. Ahmad Firdaus Ismail

22. Akmal Azmi

23. Mohd Ikhmal Ahmad

24. Muhammad Nadhirul Fahimi Zamzuri

25. Muhd Fariz Aiman Mohd Nazri

Video : Kedah Umum 24 Januari Ini Sebagai Cuti Peristiwa.

$
0
0



Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO di Wisma Darulaman, YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan pada 24 Januari 2016 ini sebagai 'Cuti Peristiwa' bagi negeri Kedah sempena sambutan perayaan Thaipusam.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO di Wisma Darulaman, YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Wednesday, 6 January 2016

Video : 2016 Merupakan Tahun Perlaksanaan Bagi Projek Yang Dirancang - Ds Mukhriz

$
0
0



Dalam Sidang Media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang pertama untuk tahun 2016, YAB MB memaklumkan bahawa salah satu perbincangan yang diberi penekanan ialah perlaksanaan bagi projek-projek yang dirancang.

Bagi YAB MB, setelah membuat kajian, merancang serta memasang strategi tahun-tahun sebelum ini, 2016 / 2017 merupakan tahun perlaksanaan.

Beliau akan memastikan apa yang dirancang akan dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin terutama sekali projek yang memberi manfaat, bukan pada golongan tertentu, tapi pada semua yang dapat memberi impak kepada ekonomi negeri dan memberi faedah serta nikmat kepada rakyat Kedah.


Dalam Sidang Media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang pertama untuk tahun 2016, YAB MB...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Wednesday, 6 January 2016

Video : Kedah Sedia 2 Pendekatan Bagi Membantu Penoreh Getah - Ds Mukhriz

$
0
0

Untuk membantu penoreh-penoreh getah yang dijangka berhadapan dengan harga getah rendah sehingga tahun 2020, Kerajaan Negeri Kedah telah menyediakan dua pendekatan iaitu pendekatan jangka masa pendek dan pendekatan jangka masa panjang.

Bagi pendekatan jangka masa pendek, Kerajaan Negeri akan mencari kaedah seperti mana sebelum ini untuk membantu penoreh getah yang kini berhadapan dengan tekanan kos sara hidup.

Manakala pendekatan untuk masa panjang, Kerajaan Negeri akan membangunkan Bandaraya Getah yang dijangka akan bermula pada bulan Mac ini bagi menambah nilai industri getah dengan teknologi terkini yang akan mewujudkan permintaan tinggi bahan getah.

Semoga dengan dua pendekatan ini, nasib penoreh-penoreh getah akan terbela.


Untuk membantu penoreh-penoreh getah yang dijangka berhadapan dengan harga getah rendah sehingga tahun 2020, Kerajaan...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Wednesday, 6 January 2016

video : Kedah Berterima Kasih Diatas Segala Peruntukan Kerajaan Persekutuan

$
0
0



Kedah berterima kasih dan menghargai peruntukan yang diberi Kerajaan Persekutuan melalui kementerian-kementerian serta agensi.

Kedah berterima kasih dan menghargai peruntukan yang diberi Kerajaan Persekutuan melalui kementerian-kementerian serta agensi.#KedahSerataRata #KedahAmanMakmur #MMFC #HanyaDiKedah #DSMM
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Thursday, 7 January 2016

Video : Discover Kedah 2016

$
0
0

Seluruh rakyat Kedah mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke negeri kami. Mai melancong ke Kedah. Negerinya aman dan menarik, penduduknya ramah dan makanannya pula sedap belaka. Segalanya menanti untuk dialami. Nescaya akan terpahat kenangan manis yang abadi.

Pohon pauh di tepi permatang
Pohon nangka di hujung batas
Dari jauh tuan puan datang
Orang Kedah menyambut ikhlas


#DiscoverKedah2016Seluruh rakyat Kedah mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke negeri kami. Mai melancong ke Kedah....
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Tuesday, 5 January 2016

DS Mukhriz Teleconversation With Perth Glory FC CEO (video)

$
0
0




DIARI PEMAIN MUDA KEDAH DI PERTH.
Day 2/#4

Perbualan melalui telefon antara Presiden KFA, YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir dengan CEO Perth Glory FC, Peter Filopoulos petang tadi.

Antara intipati perbualan mereka:

1. YAB Presiden KFA berterima kasih kepada Perth Glory FC dengan kerjasama program pembangunan bolasepak KFA dengan memberi kepercayaan penuh dalam melatih anak muda Kedah.

2. Beliau turut berbangga dengan kejayaan skuad utama hijaukuning, dimana hasil perkembangan pemain muda yang pernah dilatih Perth Glory FC, Abdul Halim Saari yang berubah gaya permainannya dan berjaya disenaraikan bersama skuad utama.

3. Beliau turut berharap program ini dapat diteruskan di masa hadapan.

4. Peter Filopoulos mengucapkan tahniah di atas skuad hijaukuning dan bersedia untuk terus mengembangkan kerjasama bersama KFA.

5. Antara cadangan beliau adalah skuad utama Perth Glory FC akan mengadakan jelajah pra-musim 2 minggu di Malaysia penghujung Julai ini dan membuka peluang komersial buat KFA.





6. Menurut Peter, beliau mencadangkan perlawanan pembukaan A-League dibawa ke Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, antara Perth Glory FC vs. Wellington FC dan disiarkan secara langsung ke Australia dan YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir terbuka dengan cadangan tersebut dan akan membantu Perth Glory FC sebagai tuan rumah jika dilaksanakan.

7. Peter juga menerima jemputan En. Anas untuk hadir ke Alor Setar bulan depan menyaksikan perlawanan pertama skuad hijaukuning dan gembira serta teruja untuk bertemu YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir.

8. Turut menjadi gurauan YAB Dato' Seri adalah untuk meminjam staf PGFC ke Kedah. Peter membalas dengan nada gurauan, diharapkan pemain muda Kedah dan pengurusan KFA yang hadir ke perlawanan Perth GLory FC esok di Stadium Nib, Perth akan memberi tuah buat mereka.

DIARI PEMAIN MUDA KEDAH DI PERTH.Day 2/#4Perbualan melalui telefon antara Presiden KFA, YAB Dato' Seri Mukhriz Tun...
Posted by Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah - on Friday, 8 January 2016

Info : Media KFA  

Kedah FA Cadang Tingkat Kerjasama Dengan Perth Glory FC

$
0
0


Pertemuan pengurusan skuad muda Kedah, diketuai En. Anas Hafiz Mustafa, Pengurus skuad Piala Presiden Kedah, Ian Gillan, Pengarah Teknikal KFA, En Zambri Mat, Pengurus skuad Lang Muda, En. Mohd Noor Amin, Penolong Pengurus Lang Muda serta 2 jurulatih Lang Muda Rafdi Rashid dan Amirul Nizam dengan barisan pengurusan Perth Glory FC diketuai CEO Perth Glory FC, Peter Filopoulus dan Jacob Burns, Pengurus Operasi Bolasepak Perth Glory FC.

Beberapa cadangan dan pertukaran idea antara kedua-dua pengurusan dalam meningkatkan kerjasama di masa hadapan.


Presiden KFA, YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir turut berinteraksi melalui telefon dengan CEO PGFC. Beberapa berita menarik diisytiharkan oleh Perth Glory FC buat Kedah.

Video eksklusif akan disiarkan dalam perbincangan tersebut.

Turut hadir, Ghaz, rakyat Malaysia yang berkhidmat bersama pengurusan kelab Australia tersebut.




Pengurusan dan delegasi dari Kedah FA turut mengambil kesempatan mengadakan lawatan sambil belajar ke pejabat West Australia Football Association di Perth.


Banyak perkara dapat dipelajari terutamanya proses pengurusan pentadbiran bolasepak secara professional.




Info : Media KFA 

Majlis Pelancaran & Penerangan Semakan Pelarasan Kadar Cukai Sewa Tanah 2015 di Seri Mentaloon.

$
0
0



Antara intipati ucapan YAB MB, beliau menjelaskan bahawa dari analisa yang dibuat oleh Pentadbiran Tanah,bilangan lot yang mempunyai keluasan 10 hektar keatas hanyalah 159 sahaja. 

Ini bermakna hanya sejumlah 159 lot kategori pertanian syarat nyata padi yang terlibat dengan kenaikan kadar cukai sewa tanah pada tahun 2016 iaitu bersamaan dengan 0.14peratus sahaja. Kerajaan meletakkan kadar minima tanah pertanian hanya RM10 per lot.

Bagi lot pertanian selain daripada padi pula,kadar yang dikenakan ialah RM30/hektar bagi lot yang mempunyai keluasan kurang daripada 4.04 hektar.

Kadar ini adalah RM2 lebih rendah daripada kadar rebat 2008 dan RM9 lebih rendah berbanding kadar semasa semakan tahun 2005. 

Bagi keluasan melebihi 4.04 hektar sehingga kurang daripada 10hektar pula kadar semakan 2015 ialah RM50 iaitu kenaikan sebanyak RM5 berbanding dengan kadar rebat 2008, namun masih lagi rendah berbanding dengan kadar semasa semakan tahun 2005 iaitu RM60.

Kenaikan sebenar cukai sewa tanah pertanian adalah kepada pemilik lot yang mempunyai keluasan 40 hektar ke atas. Kadar yang dikenakan ialah RM150/hektar. Kesemua lot pertanian ini dimiliki oleh syarikat atau individu yang menguruskan pertanian secara perladangan.

Hasil daripada semakan yang telah dilaksanakan,Pentadbiran Tanah telah dapat menstrukturkan semula kadarcukai sewa tanah dengan menghasilkan pertambahan cukai sewa tanah sebanyak RM94 juta setahun.

Pertambahan yang ketara adalah sumbangan kategori industri iaitu pertambahan sebanyak RM24,458,331.00 diikuti dengan kategori pertanian sebanyak RM21,598,423.00, yang datangnya daripada pertanian berskala besar.

Bagi kadar cukai sewa tanah untuk industri pula,Kerajaan meletakkan kadar yang berbeza untuk industri yang mempunyai keluasan kurang daripada 2hektar.

Kebanyakan industri kecil dan sederhana beroperasi di lot-lot yang keluasannya kurang daripada 1,000 meter persegi. Walaupun Kerajaan menaikkan kadar cukai lot industri sederhana daripada 15 sen/meter persegi kepada 40 sen/meter persegi, namun kadar minima adalah
dikekalkan iaitu RM400/lot. Ini bermakna, kebanyakkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)akan kekal menikmati bayaran minima seperti tahun-tahun yang lepas.

Berdasarkan data yang diberikan oleh Pentadbiran Tanah, sejumlah 8,065 lot industri yang beroperasi di atas tanah yang mempunyai keluasan kurang daripada 1,000 meter persegi. Ini bermakna kesemua lot industri ini akan terus menikmati kadarminima RM400 per lot untuk setahun.

Kadar cukai lot industri di Negeri Kedah adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan kebanyakan negeri lain disemenanjung. Kebanyakan negeri telah meletakkan kadar cukai
lot industri melebihi RM1,namun kita masih mengekalkan kadar cukai lot industri di bawah paras RM1. 

Kadar yang kita kenakan selama ini adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Perlis.
Viewing all 2052 articles
Browse latest View live