Quantcast
Channel: MMFC News Portal
Viewing all 2052 articles
Browse latest View live

SANDRO MENDONCA PAKAR SEPAKAN PERCUMA KEDAH

$
0
0

Dengan 17 gol dalam rekod peribadi beliau bersama skuad hijaukuning musim ini, ramai yang agak skeptikal di awal kemunculan beliau sekitar April dan Mei bersama skuad hijaukuning. Mendahului carta penjaring gol skuad hijaukuning adalah Chidi Edeh dengan rekod 18 gol.

Namun Sandro berjaya menepis tanggapan negatif dengan mula menjaringkan gol pada aksi sekitar Jun dan Julai. Aksi cemerlang dalam kempen TM Piala Malaysia turut melonjak nama beliau. 'Trademark' beliau kini di arena Liga Malaysia adalah antara pemain yang pakar mengambil sepakan percuma dan nilai jaringan gol adalah 70% dari gol beliau adalah hasil dari sepakan percuma.

2 kali berjaya menjaringkan hattrik sepanjang kempen musim 2015, gol tercantik Sandro melalui satu sepakan gunting di perlawanan terakhir Liga Premier ketika Kedah menewaskan KL DRB-Hicom FC 5-1 seterusnya dinobatkan Juara Liga Premier 2015.

Kekal sebagai pemain import skuad hijaukuning musim 2016, kelibat beliau antara tumpuan dalam kancah Liga Super 2016 nanti.

Sandro Mendonca, antara permata samba yang berjaya mengangkat martabat bolasepak hijaukuning.

Sumber : Media KFA 

Raja Permaisuri Agong Sampai Sumbangan Kepada 350 Anak Yatim Negeri Kedah

$
0
0

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menyampaikan bantuan persekolahan berjumlah lebih RM83,000 kepada 350 anak yatim dari 11 daerah di negeri ini.

Sumbangan berbentuk wang tunai, baucar pakaian sekolah, beg sekolah, alat tulis dan hamper makanan daripada Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) itu disampaikan Raja Permaisuri Agong yang juga penaung YAYSH di sini pagi Isnin.

Terdahulu, Ahli Lembaga Pengarah YAYSH Datuk Rosli Awang berkata bantuan itu bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang akan bermula 3 Jan ini.

Rosli turut berterima kasih kepada mereka yang menghulurkan sumbangan sejak penubuhan YAYSH yang kini sudah memasuki usia empat tahun.

YAYSH ditubuhkan pada 2011 bagi menjaga kebajikan dan keperluan anak-anak yatim yang miskin.

--BERNAMA

Masjid Zahir Cari Koleksi Gambar Sejak 1912

$
0
0

ALOR SETAR, 27 Dis (Bernama) -- Pengurusan Masjid Zahir meminta orang ramai yang mempunyai koleksi gambar masjid tersebut seawal pembinaanya pada 1912 untuk tampil menyerahkannya untuk dipamer.

Imam Satu Masjid Zahir, Ustaz Mohd Isa Abd Rahman berkata gambar tersebut akan dicetak semula untuk disimpan dalam sebuah galeri sempena sambutan 100 tahun Masjid Diraja berkenaan.

Beliau berkata pihaknya memerlukan gambar masjid itu dan kawasan persekitarannya bagi menggambarkan masjid tersebut yang dirasmikan pada 15 Okt 1915.

Ia mencapai usia 100 tahun pada 15 Okt lalu.

"Selepas kita cetak semula, gambar asalnya akan dipulangkan semula kepada pemiliknya beserta sedikit ganjaran sebagai tanda penghargaan," katanya kepada Bernama.

Katanya galeri akan dibina di kawasan masjid bagi membolehkan pelancong tempatan dan luar melihat dengan lebih dekat sejarah dan keindahan masjid keempat tercantik dunia itu.

Mohd Isa berkata koleksi gambar masjid yang terdapat dalam galeri tersebut juga akan dipersembahkan kepada Sultan Kedah dan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis sambutan 100 tahun Masjid Zahir yang dijangka diadakan pada April 2016.

Beliau berkata pihaknya turut mengeluarkan risalah dan buku yang menceritakan serba ringkas mengenai sejarah masjid tertua di Kedah itu serta koleksi gambar terdahulu.

"Mungkin ada yang tidak tahu selain seni bina bangunan masjid yang tidak pernah diubah suai, kita turut mempunyai cokmar mimbar masjid yang asal dan digunakan hingga kini," katanya.

Masjid Zahir atau dalam bahasa Arab bermaksud Masjid Putih dibina pada 11 Mac 1912 hasil cetusan idea Almarhum Tunku Mahmud Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah yang merupakan Presiden Majlis Negeri Kedah serta adinda kepada Sultan Kedah Ke-26 ketika itu, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Mohd Isa berkata mereka yang sudi memberikan gambar masjid boleh menghubungi talian 04-7319465 atau datang terus ke Masjid Zahir.

-- BERNAMA

Ds Mukhriz Bawa Lang Merah Ke Persada Elit Bolasepak Negara

$
0
0

Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah -

sumber Media KFA

Terima Kasih YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir di atas dorongan dan sokongan kepada skuad hijaukuning sejak 2 tahun lepas.

Menerajui Persatuan Bolasepak Kedah merupakan satu cabaran besar dan misi memastikan kecemerlangan dengan visi ke arah transformasi bolasepak hijaukuning serta kembali ke persada elit bolasepak Malaysia.

Semoga perancangan dan perlaksanaan pada tahun hadapan akan turut disertai doa, usaha dan tawakkal dari semua pihak untuk terus berjaya memberi cabaran dalam kancah Liga Super 2016.

Musim 2015 Kedah kembali dengan menjuarai Liga Premier, Naib Juara TM Piala Malaysia dan turut dinobatkan sebagai Pasukan Bolasepak Terbaik di Anugerah Bolasepak Kebangsaan.

Semoga YAB Dato' Seri dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki untuk terus memimpin Persatuan Bolasepak Kedah.

Amin.

Pulun Kedah Pulun.

Cukai Tanah Industri Di Kedah 80 Sen Bagi 1 Meter Persegi - Exco

$
0
0

ALOR SETAR, 28 Dis (Bernama) -- Kadar baharu cukai tanah sektor perindustrian di Kedah adalah 80 sen bagi 1 meter persegi berkuat kuasa pada 1 Jan ini, kata Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga dan Badan-badan Bukan Kerajaan Datuk Badrol Hisham Hashim.

Katanya kadar 80 sen itu dikenakan bagi keluasan tanah industri melebihi dua hektar dan bagi tanah yang kurang daripada dua hektar pula adalah 40 sen bagi setiap meter persegi.

"Kadar minimum bagi tanah industri adalah RM400 dan kita merupakan negeri yang mengenakan cukai tersebut yang rendah selepas Kelantan," katanya pada sidang media pada Taklimat Kadar Cukai Tanah kepada Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) hari ini.

Beliau berkata kadar cukai tanah bagi perumahan ialah 35 sen bagi setiap meter persegi dan ia membabitkan tanah berkeluasan melebihi 129 meter persegi dengan kadar minimum RM45 setahun.

Taklimat yang diadakan itu bertujuan untuk pengerusi JPP menyampaikan maklumat mengenai kadar cukai selepas semakan itu dengan tepat kepada rakyat negeri ini, katanya.

Beliau berkata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sebelum ini turut menyatakan agar semakan cukai tersebut tidak membebankan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.

-- BERNAMA

Isu Kesesakan Jeti Kuala Kedah Akan Diatasi - Exco

$
0
0

Kerajaan negeri masih dalam proses perbincangan sama ada mahu membina jeti di kawasan baharu atau memperluaskan Jeti Kuala Kedah sedia ada untuk ke Langkawi, kata Exco Pelancongan Datuk Mohd Rawi Abd Hamid.

Beliau berkata peruntukan sebanyak RM80 juta telahpun disalurkan kerajaan pusat untuk pembangunan Jeti Langkawi, namun tumpuan utama sekarang adalah menambah baik keperluan dan kemudahan di Jeti Kuala Kedah bagi keselesaan pelancong.

Kerajaan negeri katanya sedar keadaan Jeti Kuala Kedah yang sesak, selain tiket feri tidak mencukupi setiap kali musim cuti persekolahan sehingga ada yang terpaksa tidur di jeti.

Kelmarin, ribuan pelancong terkandas di Jeti Kuala Kedah dan Langkawi berikutan tiket perjalanan antara kedua-dua destinasi itu kehabisan ekoran pertambahan pelancong ke pulau bebas cukai tersebut.

"Prasarana sudah ada, cuma kita perlu perbaiki apa yang perlu dan akan menambah dan menyusun semula perkhidmatan feri demi keselesaan pelancong kerana kita tidak mahu pelancong pulang dalam keadaan tidak gembira," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Rakan Discovery Kedah 2016' di sini Isnin.

Rakan Discovery Kedah 2016 dilancarkan Tourism Kedah dengan kerjasama Kelab Sukan Bermotor Kedah bagi membantu mempromosikan negeri ini sempena Tahun Melawat Kedah 2016.

Sebanyak tiga kereta pacuan empat roda akan menjelajah ke 12 daerah di Kedah dalam tempoh lima hari bermula hari ini bagi mendapatkan tandatangan sokongan daripada masyarakat di setiap daerah.

Menurut Mohd Rawi konvoi itu akan berakhir pada 1 Jan ini serentak dengan majlis pelancaran Discovery Kedah 2016 yang akan dilancarkan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Beiau berkata mana-mana individu yang mendaftar menjadi 'Rakan Discovery Kedah 2016' akan dilantik menjadi duta pelancongan negeri yang rasmi, berperanan membuat hebahan maklumat pelancongan selain diberi keutamaan dalam acara pelancongan anjuran kerajaan negeri.

"Orang awam yang ingin mendaftar menjadi 'Rakan Discovery Kedah 2016' boleh mengambil borang penyertaan di Pejabat Tourism Malaysia Kedah," katanya.



-- BERNAMA

Cungkil Bakat Pemain Bolasepak Dari Sekolah Rendah - Ds Mukhriz

$
0
0

Kedah meneruskan misi mengcungkil bakat-bakat muda dari sekolah rendah lagi. Pelbagai program diaturkan bagi melahirkan pemain-pemain berbakat untuk pembangunan bolasepak Kedah dan boleh mewakili skuad Kedah dimasa hadapan.

Pagi tadi telah diadakan Pertandingan bolasepak 7 sebelah bawah 10 dan 12 tahun terbuka Piala YAB Menteri Besar Kedah 2015 di pandang bolasepak Batu 17 Tunjang, Jitra .

Pertandingan ini disertai 40 pasukan, 20 pasukan bawah 10 dan 20 pasukan bawah 12 tahun .



Pertandingan kali ini dihadiri bukan sahaja dari kedah malah negeri-negeri terdekat seperti Perlis , Pulau Pinang dan Perak.

Johan bagi pertandingan ini bakal menerima RM 800 ringgit dan Menteri Besar Kedah berbesar hati menambah jumlah menjadi RM1000.

Dalam ucapan perasmian, Menteri Besar Kedah yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah Dato Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata program peserti ini dapat mencari bakat-bakat muda Kedah sealawal sekolah rendah dan bakal mewarisi pasukan utama negeri suatu hari nanti.

Beliau juga kagum dengan sambutan luar biasa daripada pasukan-pasukan bawah 10 & 12 tahun di setiap daerah malah mendapat sambutan dari beberapa negeri jiran.

Pertadingan ini juga dihadiri oleh beberapa orang pemain utama Kedah dan barisan pengurusan KFA. 

Kesesakan Jeti Kuala Kedah Sudah Sampai Tahap Mendesak - DS Mukhriz

$
0
0

Kesesakan yang berlaku di Terminal Jeti Kuala Kedah, Jeti Kuah dan Jeti Kuala Perlis terutama musim cuti persekolahan mahupun perayaan adalah sesuatu tahap yang tidak boleh diterima dan Kerajaan Negeri memandang serius perkara ini, ia telah dibangkitkan masalah ini kepada Kementerian Pengangkutan bagi penambahbaikan.

Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, beliau sudah beberapa kali berhubung dengan Kementerian Pengangkutan, keperluan di Kuala Kedah sudah sampai tahap mendesask, empat kali setahun berlaku kesesakan tidak terkawal.

Beliau turut mengalu-alukan pelancong lawat Langkawi tetapi dalam masa yang sama kemudahan terminal feri ini perlu ditambah baik. 

Malah beliau difahamkan Jabatan Laut yang mengendali hal pentadbiran di jeti feri mempunyai bajet terhad bagi memperbaiki kerosakan yang berlaku di jeti.

"Saya dapati beberapa aspek pentadbiran diuruskan oleh Jabatan Laut, saya difahamkan mereka mempunyai bajet terhad. Tandas rosak pun tak ada peruntukan untuk baiki, jadi ini satu perkara kita tak boleh terima," kata Dato Seri Mukhriz.

Ditanya mengenai keperluan untuk menambah perkhidmatan feri pada waktu malam, beliau berkata aspek keselamatan perlulah difikirkan terlebih dahulu, dikhuatiri berlaku kerosakan pada waktu malam.

"Kalau feri rosak, ini akan timbulkan masalah kena hantar feri lain nak pindahkan penumpang di tengah-tengah laut, itu sebabnya kita ada peraturan waktu feri beroperasi," katanya.

Beliau bercakap kepada media setelah selesai program Sumbangan Persekolahan bagi Daerah Jerlun kepada lebih 1700 orang murid.

Majlis Pelancaran Discover Kedah 2016 Malam Ini

$
0
0

Discover Kedah 2016 bakal memberi tumpuan kepada dua pasaran iaitu pasaran tempatan dan pasaran asing.

Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir,  usaha promosi dibuat secara berterusan untuk promosi ke negara yang lebih jauh dari ASEAN, mungkin perlukan logisitik jadi kita tumpu untuk pasaran ASEAN dahulu," katanya.

Beliau berkata buat masa ini ia terhad kepada negara ASEAN yang dilihat lebih berpotensi seperti Thailand, Singapura, Indonesia.

Majlis pelancaran Discover Kedah 2016 akan diadakan di Dataran Menara Alor Setar pada pukul 8 malam Jumaat.



Video : Throwback 2015 Ds Mukhriz Tun Mahathir

$
0
0



Video sedutan 'throwback' program dan aktiviti YAB MB Kedah; Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sepanjang tahun 2015.

Walaupun tak merangkumi semua program namun pengisiannya membangkitkan ingatan kita bersama.

Moga tahun baru memberi rahmat dan azam untuk sama-sama kita berusaha mencari kejayaan didunia dan akhirat.


Video sedutan 'throwback' program dan aktiviti YAB MB Kedah; Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sepanjang tahun...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Thursday, 31 December 2015

Misteri Gadis Diculik Van Putih Terbongkar!

$
0
0


Masih ingat cerita seorang gadis yang katanya diculik beberapa hari lepas? Satu Malaysia panik kerana tersebarnya rakaman suara perbualan gadis tersebut dengan ahli keluarga.

Kononnya ceritanya gadis tersebut sempat mencuri telefon milik penculik dan menelefon keluarganya, yang tak tahannya dia cakap van putih culik dan dibawa ke Johor Bahru, pandai betul budak ni reka cerita.

Cerita sebenar dibawah ni..


Pihak PDRM juga menaham Nur Amirah dan teman lelakinya untuk siasatan lanjut.







Ya Allah.. budak-budak sekarang. Sabar sajalah..

UMNO Kedah Tunggu Kesediaan PAS Jalin Kerjasama

$
0
0


JERLUN, 31 Dis - UMNO Kedah masih menunggu kesediaan PAS untuk menjalinkan kerjasama dengan parti itu, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata UMNO negeri menunggu masa yang sesuai untuk membina titik persefahaman di antara kedua-dua parti itu atas dasar perpaduan ummah.

"Jika sudah ada satu kesefahaman (antara UMNO dan PAS), mungkin tidak dalam bentuk perjanjian, tentu ada ruang untuk bekerjasama dalam aspek-aspek yang ada kepentingan bersama," kata Mukhriz yang juga Menteri Besar di sini.

Berhubung cadangan supaya diwujudkan jawatankuasa perpaduan ummah antara kedua-dua parti, beliau berkata usaha itu memang dibuat sejak dahulu lagi.

"Saya ingat ada beberapa perbincangan di peringkat kebangsaan...di peringkat negeri, saya tak nak komen," katanya.

-- BERNAMA

Discover Kedah 2016 - Where It All Began

$
0
0

Kedah Darul Aman (Abode of Peace) is one of the oldest civilizations in Southeast Asia. Centuries before Borobudur and Angkor Wat… and long before Malacca, Kedah’s Bujang Valley was a thriving trading capital in this part of the world. Before Malaysia became known as ‘Truly Asia’, Kedah was already a destination that was ‘Truly Asia’.

Rich in history, natural beauty and tradition, it’s time the world fell in love with Kedah, Malaysia – Where it All Began.



Kelahiran Cahaya Mata Serikan Sambutan Tahun Baru Di Kedah

$
0
0


Di KEDAH, seorang ibu muda, Nikki Racil, 15, antara 10 ibu yang melahirkan bayi masing-masing di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini awal pagi tadi.

Nikki, suri rumah dari Sungai Tiang, Pendang merupakan ibu pertama yang melahirkan bayi lelaki seberat 2.9 kilogram kira-kira pukul 12.27 pagi tadi.

"Saya bersyukur kerana selamat melahirkan anak sulung dan saya tunggu suami Narong Rid Prasit, 17, terlebih dahulu sebelum memberi nama yang sesuai untuk anak," katanya yang mendirikan rumahtangga pada 2014.

Pengarah HSB Dr Zorina Khalid berkata sehingga pukul 7.25 pagi tadi sebanyak 10 bayi terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga perempuan telah dilahirkan.


Petikan dari bernama 

Wujud Tamadun Tertua Di Asia Tenggara #HanyaDiKedah #DiscoverKedah2016


Kedah Sasar 5 Juta Pelancong Ke Kedah #DiscoverKedah2016

$
0
0


Kedah yakin sasaran untuk menarik sebanyak lima juta pelancong ke negeri berkenaan pada tahun ini, tidak akan terjejas walaupun negara kini mengalami kejatuhan nilai ringgit.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata keadaan itu sebenarnya memberi banyak kebaikan terhadap industri pelancongan negara apabila rakyat memilih destinasi tempatan untuk melancong.

"Ada baiknya...pelancong tempatan umpamanya akan memilih lokasi dalam negara untuk dilawati pada masa ini termasuk juga pelancong luar negara.

"Bagi pelancong luar negara yang ekonomi mereka masih baik, mungkin memilih Malaysia termasuk Kedah untuk dilawati," katanya selepas majlis pelancaran 'Discover Kedah 2016' di Dataran Menara Alor Setar di sini, malam ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammd Taiyab Beg dan exco-exco kerajaan negeri.

Mukhriz berkata pemain industri pelancongan Kedah perlu giat mempromosikan negeri berkenaan kepada pelancong dalam dan luar negara bagi menarik kedatangan mereka.

Beliau berkata pada masa ini, pihaknya akan menggiatkan usaha menarik pelancong untuk melawat tanah besar Kedah berbanding Langkawi yang sudahpun terkenal.

"Langkawi sudah terkenal serta popular dan pulau itu kini mengalami masalah penginapan yang tidak mencukupi, tetapi masalah itu sangat baik sebenarnya," kata beliau.

Beliau berkata antara lokasi menarik di tanah besar Kedah adalah Sungai Sedim Canopy Walk, Air Panas Ulu Legong, Taman Rimba Ulu Muda dan Pantai Merdeka.

Selain itu, Mukhriz berkata keenakan makanan negeri itu juga boleh dijadikan tarikan kepada pelancong.

Dalam pada itu, beliau berkata agensi pelancongan juga disaran mempromosikan kepada pelancong yang datang ke Langkawi agar turut memilih tanah besar Kedah untuk dikunjungi.

Bagi merealisasikan hasrat itu, beliau meminta peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan barangan sewenang-wenangnya kerana ia ia tidak baik terhadap industri pelancongan tempatan.


sumber bernama 

Sg Merbok Simpan Khazanah 42 Dari 60 Spesis Bakau Dunia #DiscoverKedah2016

$
0
0



Hutan paya bakau Sungai Merbok di Semeling, Sungai Petani, Kedah akan diwartakan sebagai rizab biosfera, di bawah pertubuhan pendidikan, saintifik dan kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).

Satu permohonan akan dihantar kepada UNESCO pada Januari tahun depan setelah penyelidik dari Universiti Sains Malaysia, USM menyelesaikan kajian berkenaan hutan terbabit.

SENARAI RASMI SKUAD KEDAH FA MUSIM 2016

$
0
0



Selamat berjuang buat pemain baharu skuad hijaukuning.

Pemain import tempatan:
1. Azmeer Yusof (ATM) - DF
2. Amar Rohidan (KELANTAN) - MD
3. Ahmad Fakri Saarani (KELANTAN) - FW


Pemain dari Harimau Muda B22:
4. Muhd Farhan Abu Bakar - GK
5. Mohd Asri Mardzuki - DF
6. Mohd Syawal Nordin - DF
7. Mohd Amirul Hisyam Awang Kechik - MD
8. Muhd Ariff Farhan Md. Isa - MD

Pemain dari skuad Piala Presiden Kedah:
9. Osman Yusof - DF
10. Abdul Halim Saari - MD
11. Syazuan Hazani - FW

Pemain import luar negara:
12. Carlos Kahe (Brazil) - FW

Pemain yang tidak ditawarkan kontrak baru dan diucapkan selamat maju jaya buat pemain berikut dengan pasukan baru:

1. CHIDI EDEH - Tidak diketahui
2. AHMAD SHAKIR MOHD ALI - PKNS FC
3. LEW HAN HUNG - Tidak diketahui
4. MUHAMAD FIRDAUS MOHAMAD - PENANG FA
5. RAJES PERUMAL - Tidak diketahui

*Senarai nama di poster tidak mengikut nombor jersi pemain.

© Media KFA | Kedah FA Liga Super 2016

Kedah cadang Gunung Jerai sebagai tapak GeoPark - Ds Mukhriz

$
0
0


Dalam sidang media (video) semalam selepas Majlis Pelancaran‪#‎DiscoverKedah2016‬ , YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir memaklumkan, Kedah bercadang jadikan Gunung Jerai sebagai tapak GeoPark ke dua bagi Negeri Kedah.

Selain itu, Hutan Paya Bakau Sungai Merbok berkeluasan 3,000 hektar yang mempunyai 48 spesies paya bakau daripada 60 spesies di dunia juga turut dipohon sebagai Rizab Biosfera Unesco dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (Unesco).


YAB DS Mukhirz berharap dalam setahun atau dua, kawasan terbabit mendapat status yang dipohon dari pihak Unesco.

Pastinya kegiatan ekonomi penduduk melalui aktiviti pelancongan akan meningkat selepas sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan geo park.


Dalam sidang media (video) semalam selepas Majlis Pelancaran #DiscoverKedah2016 , YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Saturday, 2 January 2016

AHMAD FAKRI SAARANI, 'The Lord Fakri'. Sertai Skuad Lang Merah 2016

$
0
0


AHMAD FAKRI SAARANI, 'The Lord Fakri'.

Selamat berjuang dengan skuad hijaukuning FAKRI!

Penyerang yang mampu menjaringkan gol melalui sudut sukar dan tidak diduga, walaupun aksinya sedikit tenggelam sebelum ini namun ketajaman di depan gawang lawan serta pengalaman bersama skuad senior dalam beberapa pasukan besar mampu menjadi aset penting skuad hijaukuning satu hari nanti.


Pernah berkelana dan beraksi dengan kelab Portugal, jodoh beliau tidak berpanjangan dengan kelab tersebut dalam menimba pengalaman di luar negara.

Semoga Fakri cepat serasi bersama skuad hijaukuning, tidak mustahil dengan falsafah bolasepak Kedah Fakri akan lebih banyak peluang beraksi seterusnya menjaringkan gol.

Selamat maju jaya bersama skuad Liga Super Kedah Fakri!

BIODATA AHMAD FAKRI SAARANI

Nama Penuh: Ahmad Fakri Saarani
Tarikh lahir: 8 Julai 1989 (26 tahun)
Tempat lahir: Pengkalan Chepa, Kelantan
Tinggi: 1.76 m (5 kaki 9 1⁄2 inci)
Posisi bermain: Penyerang, sayap kanan
Nombor Jersi: 14

Info Kerjaya
Kerjaya Remaja
2006-Perak President Cup

Kerjaya Senior
Tahun/Pasukan/Bil Beraksi/Gol
2007–2008 Perak FA 4 (4)
2008–2009 Harimau Muda 24 (9)
2010–2012 Negeri Sembilan FA 28 (7)
2012–2013 Atlético S.C. 11 (0)
2013–2015 Kelantan FA
2016 Kedah FA

Pasukan Kebangsaan
2006–2009 Malaysia U-20 17 (7)
2009–2011 Malaysia U-23 7 (4)

Viewing all 2052 articles
Browse latest View live