Quantcast
Channel: MMFC News Portal
Viewing all 2052 articles
Browse latest View live

Agong Kurnia Darjah Kebesaran Dan Pingat Kepada 132 Penerima

$
0
0


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Khamis berkenan mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan tahun 2015 kepada 132 orang penerima.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat pengurniaan itu di Istana Negara di sini bersempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disambut pada 6 Jun lepas.

Mendahului senarai penerima darjah pada istiadat pengurniaan kali ini ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Baling, Kedah, Datuk Harun Abdul Aziz yang menerima Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN).

Antara penerima lain darjah berkenaan ialah anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh, Timbalan Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Abd Gani Othman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kampar, Perak, Datin Normah Hanum Datuk Ibrahim.

Turut menerima KMN ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Tinggi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Asiah Md Ariff.

Seri Paduka turut mengurniakan Darjah Ahli Mangku Negara (AMN) kepada 30 penerima termasuk Ketua Cawangan Tadbir 509 Askar Wataniah Pulau Pinang Leftenan Kolonel Zaharim Taharim, Pegawai Bomba Tentera Laut Diraja Malaysia Leftenan Komander Mohd Tawil Tajudin dan bekas Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kelantan Dr Azri Adzhar.

Selain itu, sejumlah 57 individu lain menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN).

-- BERNAMA

Alor Setar City Race 2015 18 & 19 Disember (INFO)

$
0
0


MUSC DRAG ALOQ STAQ 201M CITYRACE 2015 UPDATES : JADUAL TERKINI PERLUMBAAN :-

Lokasi Race ==> Hadapan Shopping Mall Aman Central (kaw2 sesak)

Perhatian kepada semua jentera yang bakal bertanding terutamanya jentera2 KELAS A (kereta & motosikal). Anda dinasihatkan untuk tiba sebaik-baiknya 2 jam lebih awal sebelum perlumbaan kelas anda bermula agar anda berkesempatan untuk menyelesaikan segala urusan pendaftaran perlumbaan & persiapan jentera.

Kami menjangkakan ramai yang bakal terkandas untuk tiba awal bagi mendaftar & memasukkan jentera ke litar AKIBAT TERSANGKUT DALAM KESESAKAN LALU LINTAS LUAR BIASA yang dijangkakan berlaku pada dua2 hari perlumbaan.

Litar akan dibuka seawal jam 8:30pagi (dua2 hari) untuk taklimat & inspection KELAS A seterusnya perlumbaan KELAS A akan bermula tepat jam 9:00pagi. Manakala, SEMUA PENDAFTARAN PERLUMBAAN DI KAUNTER URUSETIA DITUTUP JAM 8:00malam untuk kedua-dua hari perlumbaan tersebut.

Sebarang RAYUAN di atas alasan kelewatan anda TIDAK AKAN DILAYAN memandangkan jadual perlumbaan harus ditamatkan selewatnya jam 1:00pagi atas arahan pihak berkuasa. Jadi, rancanglah perjalanan anda yang terbaik supaya dapat tiba lebih awal di lokasi. Sekian, harap maklum & terima kasih.

# mohon share/tag jadual terkini pada rakan2, tq


1) HARI 1 (18/12/15) - JUMAAT (Drag Motosikal)

08:00am - Pendaftaran
09:00am - A - 4t<110cc Pro Street
10:30am - B - 2t<150cc True Street
03:00pm - C - 4t<125cc Pro Drag (Shb)
04:30pm - D - Rxz/Panther/Rr Pro Street
06:00pm - E - Y125z Pro Street
08:00pm - F - 4t<150cc Pro Drag
09:30pm - G - 2t<150cc Pro Drag
11:30pm - H - King Pro Drag (2t/4t)
01:00am - Tamat

2) HARI 2 (19/12/15) - SABTU (Drag Kereta)

08:00am - Pendaftaran
09:00am - A - Magma Pro Street
10:30am - B - Na<1.6cc Pro Street
12:00pm - C - Kcar<1.3cc Pro Street
01:30pm - D - Na<1.8cc True Street
03:30pm - E - Vtec True Street
05:30pm - F - Fwd Turbo True Street
07:30pm - G - Na<2.0cc Pro Street / B16a
09:00pm - H - Vtec Pro Drag
10:30pm - I - Fwd Turbo Pro Street
01:00am - Tamat

Kedah FA Terima Anugerah Persatuan Bolasepak Terbaik 2015

$
0
0

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015 yang diadakan malam tadi menyaksikan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dinobatkan Pasukan Bolasepak Terbaik 2015.

Kejayaan ini diperoleh selepas pasukan Kedah menunjukan pretasi luar biasa dan cemerlang sepanjang musim apabila menjuarai liga perdana 2015 sekaligus kembali ke Liga Super 2016 dan yang terbaru menjadi Naib Juara TM Piala Malaysia bertemu Selangor di Shah Alam.

Pengurusan yang terbaik menyaksikan pasukan beraksi cemerlang dan juga penyokong yang sentiasa memenuhi stadium setiap perlawanan walaupun dalam Liga Perdana.


Anugerah Bolasepak Kebangsaaan 2015 tahun ini berdasarkan merit mata pemilihan oleh 72 pihak terdiri dari jurulatih, ketua pasukan dan penulis sukan.

Pemain yang tercalon perlu melepasi syarat minima beraksi 11 perlawanan dalam saingan tahun ini.

Senarai pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015


Sunway Convention Center 18 Disember 2015, 8.30 malam

Kategori Pemain Paling Bernilai 2015
SAFIQ RAHIM (JDT)

Kategori Anugerah Khas 2015
JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT)

Kategori Penyerang Terbaik 2015
AMRI YAHYAH (JDT)

Kategori Pemain Tengah Terbaik 2015
SAFIQ RAHIM (JDT)

Kategori Pertahanan Terbaik 2015
AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK (JDT)

Kategori Penjaga Gol Terbaik 2015
FARIZAL MARLIAS (JDT)

Kategori Pemain Import Terbaik 2015
LUCIANO FIGUEROA (JDT)

Kategori Jurulatih Terbaik 2015
MARIO GOMEZ (JDT)

Kategori Pemain Muda Harapan 2015
MATTHEW DAVIES (PAHANG)

Kategori Penjaring Terbanyak Liga Premier 2015
FRANCIS FORKEY DOE (NS)

Kategori Penjaring Terbanyak Liga Super 2015
DRAMANE TRAORE (PDRM)

Kategori Fair Play 2015
LIONS XII

Kategori Pasukan Bolasepak Terbaik 2015
KEDAH

Kategori Kelab Penyokong Terbaik 2015
ELEPHANT ARMY (PAHANG)

Kategori Pemain Wanita Terbaik 2015
NURUL AZURIN MAZLAN (SABAH)

Kategori Pemain Futsal Wanita Terbaik 2015
SITI ASNIDAH ZAMRI (S'GOR)

Kategori Pemain Futsal Lelaki Terbaik 2015
AZRUL HADEE TAUFIQ (FELDA)

Petani perlu jaga kualiti padi

$
0
0

ALOR SETAR - Setiap petani perlu menjaga kualiti padi meskipun skim subsidi harganya dinaikkan dari RM248.10 kepada RM300 setiap tan mulai Januari 2016.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Datuk Othman Aziz berkata, ia perlu bagi memastikan sasaran memperoleh lapan tan setiap satu hektar padi dapat direalisasikan menjelang 2020.

Beliau berkata, penambahan skim subsidi padi akan memberi ruang kepada petani untuk meningkatkan pendapatan dengan syarat dapat mengekalkan kualiti padi yang dikeluarkan.

“Contohnya jika seorang petani itu mendapat enam tan bagi satu hektar, dia mampu peroleh RM5,760 jika potongan padi ialah 20 peratus,” katanya selepas menyampaikan sijil tauliah wakil Pengerusi Wilayah II dan IV, biasiswa kecil dan anugerah pelajar cemerlang Mada 2014/2015 di Ibu Pejabat Mada, Ampang Jajar, di sini, kelmarin.

Menurutnya, dikira berdasarkan harga subsidi baru, petani mampu mendapat RM7,200 jika potongan padi adalah sama iaitu 20 peratus.

“Ini satu peningkatan yang besar. Tapi kita takut jika subsidi tinggi, potongan pun tinggi juga. Misalnya potongan dari 20 menjadi 23 peratus.

“Maka subsidi itu tidak terkesan. Sebab itu kita minta supaya petani menjaga kualiti padi dan kehilangan selepas tuai,” katanya.

Othman berkata, walaupun sasaran purata Mada untuk mencapai lapan tan setiap hektar padi, ada petani yang sudah melebihinya iaitu 10 hingga 12 tan setiap hektar.

“Tapi purata di kawasan Mada berdasarkan musim satu dan dua ialah 6.5 tan sahaja. Bermakna kita masih memerlukan 1.5 tan untuk mengejar sasaran itu.

“Sebab itu petani perlu menggunakan benih padi yang sah dan mengamalkan pertanian baik,” katanya.

Mengenai program itu, beliau berkata, hampir RM400,000 disediakan untuk bantuan kepada 495 pelajar di kawasan Mada, pelajar cemerlang dan bantuan biasiswa bulanan kepada 48 pelajar anak petani dalam kawasan Mada.

“Ini adalah sebahagian usaha Mada untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan pelajaran keluarga tani dalam kawasan Mada.

“Kita nampak ramai yang menerima bantuan dari Yayasan Pelajaran Pertubuhan Peladang Mada (YPPPM) juga berjaya memegang jawatan penting,” katanya.

Sumber Sinar Harian 

Penerbangan Pertama Rayani Air Berlepas Pagi Ahad

$
0
0


SEPANG, 20 Dis (Bernama) -- Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air, melancarkan penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Pengarah Urusannya Jaafar Zamhari berkata penerbangan RN0600 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di sini, membawa kira-kira 150 penumpang termasuk 18 anak yatim dari Institut Taufik Islami, Klang serta petugas media.

Secara keseluruhannya, katanya beliau berpuas hati dengan kelancaran penerbangan itu walaupun terdapat sedikit kelewatan semasa proses daftar masuk penumpang.


"Setakat ini saya berpuas hati dengan prestasi petugas. Mereka adalah petugas terlatih dan sebahagiannya telah mempunyai pengalaman dalam industri penerbangan.

"Saya berharap segalanya berjalan lancar," katanya kepada Bernama semasa ditemui sebelum penerbangan itu berlepas menggunakan pesawat Boeing 737-400.

Seorang penumpang, Ahmad Aiman Mohd Razali, 29, berkata beliau begitu teruja untuk mencuba penerbangan patuh syariah itu buat kali pertama.

Katanya harga yang ditawarkan syarikat penerbangan itu amat berpatutan memandangkan ia memberikan perkhidmatan penuh yang membezakan-nya dengan syarikat penerbangan lain.

"Dengan satu tiket, boleh dapat daftar masuk bagasi sebanyak 20 kilogram serta hidangan dalam pesawat. Setakat ini saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan," katanya.

Rayani Air menerima lesen perkhidmatan udara dan sijil pengendali udara daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada Jumaat lepas.

Syarikat itu merupakan hasil usahasama dua perniagaan iaitu syarikat minyak dan gas, Merdeka Jayabumi Enterprise dan syarikat perlombongan, Terus Maju Metal.

-- BERNAMA

Pelayaran Sungai Kilim #DiscoverKedah2016

$
0
0


Seluas 100 kilometer persegi, Taman Semula Jadi Kilim mempunyai gabungan indah hutan paya bakau hijau yang dilindungi, pantai memutih yang terpinggir serta lagun biru. Sepanjang denai, pelawat dapat melalui melepasi sungai berliku yang menenangkan, anda akan dapat melihat keunikan ekosistem marin taman ini, flora dan faunanya dan habitat semula jadinya.

Beberapa operator pelancongan akan berhenti di kawasan khas sepanjang sungai di mana mereka akan memberi burung helang makan, yang banyak terdapat di sini. Ini termasuklah burung helang penangkap ikan berperut putih, helang merah dan burung helang laut yang besar. Sungai Kilim juga merupakan tempat yang menarik bagi pemerhati burung semasa musim hijrah pada bulan September dan Mac.

Selepas memberi burung helang makan, bot akan menuju ke hilir sungai, Laut Andaman, terletak di utara pesisir pantai, akan dapat dilihat semasa bot keluar dari Sungai Kilim melalui Lubang Pada Dinding. Ini merupakan laluan yang terkenal, ia kerana mempunyai laluan sempit diantara dinding dengan cerun batu kapur yang menghubungkan sungai ke laut luas.



Jurang sempit ini menjadi kawasan perlindungan bagi kawasan ternakan ikan dan kapal pesiar. Kawasan ternakan ikan menggunakan kaedah guna tangan, menggalakkan pengunjung untuk memberi makan menggunakan tangan kepada hidupan marin seperti kerapu, ikan kelawar, ikan pari berbintik biru, udang mentadak dan jenahar. Pengunjung boleh memilih hidangan tengahari atau malam mereka terus dari 50 sangkar pelik ini dan restoran terapung akan memasakkannya.



Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta
Taman Semula Jadi Kilim terletak di sebelah timur laut Langkawi, kira-kira 13km dari pekan Kuah dan boleh dituju melalui Jalan Kisap.


Sila Hubungi

Pusat Maklumat Pelancong Langkawi

Telefon: +604-966 7789/955 715

Bajet Kedah 2016 Jamin Kemakmuran Rakyat

$
0
0


Kerajaan negeri hari ini membentangkan Bajet Kedah 2016 berjumlah RM1 bilion yang menyaksikan corak perbelanjaan yang realistik dan berhemah demi menjamin kesinambungan kemakmuran rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir memberitahu, bajet berkenaan memfokuskan kepada memperkukuhkan kedudukan kewangan negeri, penambahbaikan infrastruktur asas dan prasarana awam, pembangunan modal insan berkualiti tinggi, pembasmian kemiskinan rakyat dan memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan.

“Bajet 2016 memperuntukan anggaran sebanyak RM794 juta untuk perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM261 juta termasuk RM92 juta untuk projek pembangunan bekalan air.

“Kerajaan negeri menganggarkan kutipan hasil sebanyak RM721 juta bagi 2016 yang menyaksikan sumbangan terbesar daripada hasil cukai dengan anggaran kutipan RM442 juta iaitu 61 peratus di samping terimaan bukan hasil dijangka sebanyak RM203 juta (28 peratus) dan hasil bukan cukai RM76 juta (11 peratus),” ucapnya ketika membentangkan bajet tersebut pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Tambah beliau, walaupun bajet berkenaan menyaksikan anggaran defisit sebanyak RM72 juta namun kerajaan negeri menjangkakan hasil negeri akan meningkat tahun hadapan berikutan beberapa projek antaranya projek perumahan, pembangunan bercampur dan tapak baharu industri yang akan dibangunkan di seluruh negeri.

Jelas beliau, kerajaan negeri tidak menyediakan peruntukan untuk projek fizikal yang berskala besar sebaliknya menumpukan kepada kerja menaiktaraf dan pemantapan prasarana yang sedia ada.

“Bagaimanapun bagi melaksanakan projek berskala besar kerajaan negeri akan memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri percaya dengan terjalin hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan sumbangan berkenaan akan disalurkan bagi membantu Kedah mencapai Wawasan 2020,” katanya.

Katanya, dalam usaha menyediakan infrastruktur bagi meningkatkan keselesaan rakyat sebanyak RM46 juta diperuntukkan bagi menaiktaraf laluan negeri, membina dan menaiktaraf bangunan kerajaan termasuk RM25 juta bagi menaiktaraf jalan dan jambatan seluruh negeri.

Katanya, bagi 2016 kerajaan negeri juga akan meneruskan pembayaran pinjaman bagi pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil sebanyak RM45 juta setahun selain bantuan mengurus sebanyak RM11.5 juta kepada universiti berkenaan.

“Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi menyiapkan fasa kedua Maahad Tahfiz Sains Darul Amandi Kulim yang keseluruhan berjumlah RM12 juta dan dijangka siap 2016,” katanya.

Tambah beliau, Bajet 2016 meneruskan pelbagai program pembangunan sosial yang akan memberi manfaat kepada golongan sosial dengan memperuntukan sebanyak RM19.2 juta yang membabitkan projek basmi kemiskinan, projek kecil kemajuan luar bandar dan projek perumahan rakyat.

“Kerajaan negeri juga akan meneruskan program Bantuan Sewa Rumah Luar Bandar yang telah memanfaatkan 555 penduduk dan program Khairat Kematian dengan pemberian RM250 bagi setiap yang memohon,” katanya.

Selain itu, katanya, untuk program meningkatkan pendapatan golongan usahawan sebanyak RM6 juta diperuntukkan, sektor pertanian sebanyak RM10 juta, pengurusan sumber hutan (RM3 juta), pelancongan (RM9 juta) dan bayaran emolumen seluruh penjawat awam negeri (RM249 juta).

Katanya, kerajaan negeri juga akan memperuntukkan sebanyak RM2.28 juta bagi pembayaran bonus kakitangan penjawat awam negeri sebanyak RM500 pada Di­sember depan.

Sumber Arkib Utusan Malaysia

Peruntukan RM 320 juta Kepada Projek Ikonik Bandaraya Getah

$
0
0


ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah menyambut baik peruntukan sebanyak RM320 juta yang disalurkan kepada projek Bandaraya Getah pada Bajet 2016 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, projek Bandaraya Getah di Padang Terap dijangka menerima pelaburan antara RM5 bilion dan RM10 bilion pada peringkat awal pelaksanaan.

“Projek Bandaraya Getah akan dilaksanakan secara berfasa dan jika kita memperoleh antara RM5 bilion dan RM10 bilion nilai pelaburan pada peringkat awal, ia adalah satu pencapaian baik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri di Wisma Darul Aman, di sini.

Menurutnya, peringkat permulaan projek berkenaan akan melibatkan kerja-kerja pengambilan tanah dan penyediaan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air akan bermula awal tahun depan.

Perdana Menteri, YAB. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika membentangkan Bajet 2016 mengumunkan peruntukan sebanyak RM320 juta bagi memulakan projek berkenaan seperti pengambilan tanah dan penyediaan infrastruktur asas.

Selain itu, seluruh rakyat kedah turut berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana meluluskan peruntukan untuk membina sebuah Maktab Rendah Sains Mara di Sik dan sebuah hospital baru di daerah Pendang, di negeri ini

Nurul Shazeera Md Desa, 34, seorang peniaga kecil ketika ditemui di premis perniagaannya berkata, beliau amat bersyukur dengan pengumuman Perdana Menteri mengenai buah tangan berupa sebuah hospital tersebut.

“Selama ini kami terpaksa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk melahirkan anak, namun selepas siap Hospital Pendang nanti, kami berharap tidak perlu lagi ke Alor Setar untuk bersalin.

Pada saat Perdana Menteri membentangkan bajet berkenaan , saya hampir menitiskan air mata tanda bersyukur yang tidak terhingga kerana suara dan rintihan kami didengari oleh kerajaan. Kalau tidak pada kerajaan, pada siapa lagi tempat kami hendak mengadu,” katanya sebak ketika ditemui.

Selain itu, dia yang mempunyai tiga orang anak yang bersekolah turut menyambut baik pengumuman kerajaan yang meneruskan pemberian RM100 kepada setiap orang murid pada sesi persekolahan tahun depan.

“Sebagai peniaga kecil yang berpendapatan tidak menentu, saya akui kadangkala terpaksa berhutang untuk membeli beberapa keperluan asas untuk anak-anak sebelum bermulanya sesi persekolahan setiap tahun.

Namun sejak diperkenalkan bantuan tersebut, saya boleh menarik nafas lega kerana segala keperluan dan kemahuan anak-anak dapat dipenuhi dan sekaligus memberi motivasi dan semangat untuk mereka lebih gigih dalam pembelajaran di sekolah,” tambahnya.

Md Kassim Ibrahim, 64, seorang pesara sektor awam pula berkata. dia amat menghargai hasrat kerajaan membina sebuah Maktab Rendah Sains Mara di daerah ini pada tahun hadapan.

Dengan wujudnya pusat-pusat pengajian di Sik, saya berharap ianya akan menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi di daerah ini dan secara tidak langsung dapat membantu penduduk di daerah ini untuk keluar dari kepompong

arkib UMTK 

Air Panas Ulu Legong $DiscoverKedah2016

$
0
0


Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong yang terletak 22 km dari Baling merupakan destinasi popular bagi mereka yang ingin merasai keseronokan dan kelegaan berendam dalam air panas. Sebagai satu-satunya lokasi air panas yang dibuka 24 jam, anda pasti puas hati dapat berendam dalam air yang agak suam kerana suhu air menurun pada waktu malam.

Selain dari berehat, pengunjung yang mempunyai masalah kulit dan alahan kulit datang ke sini untuk mendapatkan terapi dengan cara berendam di dalam kolam air panas yang mengandungi kandungan sulfur tinggi dengan suhu air sekitar 30ºC dan 60ºC.




Panduan Perjalanan

Kereta
Dari Lebuh Utara-Selatan (PLUS), keluar di Sungai Petani Selatan, kemudian ikut papan tanda menghala ke pekan Baling. Air Panas Ulu Legong terletak 10 km dari pekan Baling.


Sila Hubungi

Pejabat Air Panas Ulu Legong

Telefon : +604-473 2284

Kempen Memerangi Kanser Payudara

$
0
0


ALOR SETAR - AVON Cosmetics Malaysia Sdn Bhd meneruskan kempen memerangi kanser payudara sepanjang bulan Oktober di seluruh negara bermula 3 hingga 31 Oktober 2015.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Kebajikan Masyarakat, YB. Dato’ Suraya Yaacob berkata, AVON merupakan sebuah syarikat yang begitu prihatin dalam usaha membantu memberikan peningkatan hidup wanita menjadi lebih baik dalam segala aspek termasuklah mengenai penjagaan kesihatan payudara.

“AVON Malaysia melalui kempen memerangi kanser payudara ingin meningkatkan kesedaran dengan menyampaikan mesej bahawa perkara seperti kesihatan payudara bukan menjadi topik yang privasi bagi wanita tetapi sebaliknya perlu diperkatakan secara terbuka oleh semua wanita dengan cara menggalakkan rakan-rakan, saudara mara atau ahli keluarga mengetahui risiko kanser payudara dan kesan dengan lebih awal,” ujarnya pada Kempen Memerangi Kanser Payudara di AVON Kosmetics Cawangan Alor Setar.

Menurutnya, inisiatif tanggungjawab sosial ini merupakan satu kempen yang bertujuan memberikan pendedahan pendidikan dan kesedaran kepada semua wanita mengenai kepentingan mendapatkan pemeriksaan dengan cara mengesan lebih awal.

“AVON melalui inisiatif peringkat global juga telajh melancarkan kempen kesedaran mengenai kanser payudara ini di 31 buah negara di samping menggalakkan wanita memberikan sokongan kepada satu sama lain untuk mendapatkan pemeriksaan dan berjumpa doktor,” jelasnya.

Beliau memberitahu, seperti tahun-tahun sebelumnya, AVON dan rakan strategik iaitu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sebuah agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat telah turun padang memberikan pengetahuan dan kesedaran mengenai kanser payudara serta menggalakkan mereka melakukan sendiri pemeriksaan payudara.

Melalui siri jelajah ini, katanya, perkhidmatan utama yang disediakan adalah mengenai cara-cara pemeriksaan sendiri payudara di dalam Klinik Bergerak LPPKN serta perkhidmatan percuma yang lain termasuklah pemeriksaan kesihatan.

- UMTK 

Kota Kuala Muda, Muara Sungai Muda #DiscoverKedah2016

$
0
0


Kota ini terletak di muara Sungai Muda,Selatan Kedah. Tarikh pembinaannya dianggarkan sebelum kurun kelapan belas masihi. Pada masa lampau, Kota ini merupakan sebuah pusat perdagangan yang penting di Asia. 

Barang-barang yang diperdagangkan seperti bijih timah dan rempah ratus telah menarik minat pedagang-pedagang dari negeri China,India,Portugal,Belanda dan England, dating ke sini. Ketiadaan pengankutan darat telah menambahkan lagi kemakmuran Kota ini. 

Kota ini mencapai kemajuan pada tahun 1786 dengan terbukanya pusat perdagangan di Pulau Pinang. Barang dagangan seperti bijih Timah dari Kedah, Perak dan sebaliknya terpaksa melalui Kuala Kedah terlebih dahulu. 

Cukai telah dikenakan terhadap kapal-kapal tersebut dan dengan itu, Kuala Muda dengan pusat perdagangannya di Kota tersebut menjadi sebuah pusat yang maju dan sentiasa sibuk.

Pada tahun 1804,perkembangan perdagangan di Kuala Muda yang berpusat di Kota ini telah menarik perhatian Sultan Kedah,Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah yang bersemayam di Alor Setar. 

Baginda kemudian telah memindahkan pusat persemayaman Ke Kuala Muda. Sebuah istana telah didirikan di Pulau Tiga yang berhampiran. Kehadiran baginda di Kuala Muda telah menambahkan lagi kemakmuran kota ini. 

Pada tahun 1875, Kota ini sekali menempa sejarahnya apabila Raja Ismail dari Perak bersembunyi di sini,setelah diburu oleh tentera Inggeris kerana pembunuhan J.W.W Birch. Baginda berada di sini selama enam bulan sehingga baginda menyerah diri kepada pihak Inggeris.



Panduan Perjalanan

Melalui Darat
Kota ini terletak di muara Sungai Muda, Selatan Kedah. Gunakan lebuh raya Utara –Selatan PLUS. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, ikut jalan menuju utara ke Kedah. Jika anda memandu dari Perlis atau Alor Setar, ikut arah ke selatan. Cari papan tanda menuju ke Kuala Sungai Muda.

Sila Hubungi

Bujang Valley Archaeological Museum

Telefon: +04-457 2005
Faks: +04-457 4635
Layari Laman Web

Jabatan Warisan Negara Zon Utara

Telefon:+04-7353643
Faks:+04-7353649

Rumah Kelahiran Tun Mahathir #DiscoverKedah2016

$
0
0


Rumah Kelahiran Mahathir, memberi anda peluang melihat sejarah hidup Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dari zaman persekolahan beliau sehingga berjaya menjadi menjadi seorang doktor.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan di Alor Setar pada 20 Disember, 1925 di No. 18 Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai. 

Sebuah rumah papan biasa dengan bumbung yang dibuat daripada daun nipah, rumah satu bilik ini telah diisytiharkan sebagai bangunan bersejarah dan telah dipulihara oleh Arkib Negara pada tahun 1992.

Masuk adalah percuma untuk semua pelawat.



Panduan Perjalanan

Kereta
Dari Lebuh Utara-Selatan (PLUS) anda boleh mengambil susur keluar Alor Setar Selatan dan mengikut papan tanda menujuk ke Pusat Bandar Alor Setar. Dari sana anda akan dapat melihat papan tanda menunjukkan arah ke 'Rumah Kelahiran Mahathir'.


Sila Hubungi

Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah

Telefon : +604-772 2319

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1437 H - DSMM

$
0
0


SALAM MAULIDUR RASUL 1437H / 2015M.

Bersama sama kita kembali menghayati pengorbanan, mencontohi keperibadian , semangat dan daya juang serta akhlak Baginda Nabi Muhammad SAW.

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku".

::Al Nasai dan Ibnu Hibban::

Ikhlas dari Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir

Imam Selesaikan Larian Lebih 500km Dari Shah Alam Ke Alor Setar

$
0
0

Selepas melakukan larian selama 10 hari meliputi jarak lebih 500km dari Shah Alam ke Alor, Nasir Abbas, Imam Masjid Lama Kuala Kedah menamatkan lariannya tepat pada 5.40 petang ini di Stadium Darul Aman di sini.

Ketibaan Nasir, 60, disambut oleh lebih 300 penyokong "Helang Merah", pasukan bola sepak negeri, yang turut sama berlari mengiringi peringkat akhir lariannya ke perkarangan stadium itu.

Larian bermula dari Stadium Shah Alam pada 13 Dis.


"Saya bersyukur kerana berjaya menamatkan larian dalam keadaan yang baik dan selamat.

"Keadaan cuaca yang panas dan hujan sedikit menyukarkan larian saya, namun ia tidak mematahkan semangat.

"Semangat untuk menamatkan larian semakin berkobar-kobar kerana sepanjang perjalanan saya mendapat sokongan dari peminat bola sepak dari negeri-negeri yang saya lalui," katanya kepada pemberita.

Berasal dari Taman Sri Putra, Kuala Kedah, Nasir berlari sebagai tanda sokongan kepada pasukan Helang Merah kerana berjaya memasuki perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini.

Menurutnya, idea untuk membuat larian itu datang secara spontan.

Walaupun tewas kepada Selangor pada perlawanan itu, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan larian sehingga ke garisan penamat di Stadium Darul Aman.

"Selepas berbincang dengan penyokong-penyokong Kedah dari Kuala Kedah, saya berfikir ini merupakan masa terbaik untuk menunjukkan tanda sokongan kepada pemain-pemain Kedah," katanya.



Anggota Exco Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan dan Pembangunan Insan negeri Aminuddin Omar yang turut berada di perkarangan stadium itu berkata larian Nasir itu merupakan motivasi kepada golongan muda.

"Pak Nasir yang berusia 60 tahun ini mampu berlari sejauh lebih 500 kilometer, jadi saya yakin anak muda dapat mengambil aura positif yang ada pada diri Pak Nasir," katanya.

Beliau berkata, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan mengadakan majlis kesyukuran atas usaha Nasir dan menanggung keseluruhan kosnya.

-- BERNAMA

EG Industries Labur RM30 Juta Bagi Kilang Baharu Di Kedah

$
0
0


Penggiat perkhidmatan pengeluaran elektronik (EMS), EG Industries Bhd, berhasrat melaburkan kira-kira RM30 juta bagi pembinaan kilang baharunya di Sungai Petani, Kedah.

Kemudahan yang terletak bersebelahan kilang sedia ada kumpulan itu, akan melonjakkan kapasiti ruang pengeluarannya di Malaysia sebanyak 50 peratus kepada 229,557 kaki persegi (21,326.5 meter persegi), kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Kilang baharu ini khusus bagi operasi pengacuan suntikan plastik yang akan meningkatkan skop EMS kumpulan yang turut merangkumi penghasilan 'box-build' dan melengkapi kepakaran sedia ada iaitu pengeluaran papan litar cetak.

"Ia turut meningkatkan kapasiti kami bagi pelanggan lebih besar, terutamanya melibatkan kerja-kerja daripada peringkat reka bentuk sehinggalah kepada pengeluaran akhir," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan merangkap Pengarah Eksekutifnya, Alex Kang.

'Box-build' merujuk kepada perkhidmatan perusahaan daripada proses reka bentuk sehinggalah penghantaran produk lengkap kepada pengguna.

Menurut Kang, setakat ini, syarikat itu telah menerima tempahan bagi 'box-build' bernilai RM150 juta yang dijangka dapat disiapkan dalam kilang sedia ada dan baharu berkenaan.

"Pada masa sama, kami juga dalam usaha menarik pelanggan baharu dengan mengetengahkan rekod pencapaian serta perkhidmatan bersepadu yang kami miliki," katanya.

Operasi kilang baharu itu dijangka dimulakan pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2016.

Ia melibatkan perbelanjaan modal kira-kira RM30 juta bagi tujuan pembesaran kemudahan, termasuk pembelian mesin yang akan ditanggung menerusi terbitan hak yang dapat dimuktamadkan, baru-baru ini.

Sementara itu, pada mesyuarat agung tahunan syarikat itu hari ini, para pemegang sahamnya meluluskan langkah belian semula saham yang membolehkan syarikat itu membeli semula sehingga 10 peratus terbitan modal saham dan modal berbayar.

-- BERNAMA

Mangsa Bot Nelayan Dilanggar Feri Muatan Di Kuala Kedah Ditemui

$
0
0

Mayat nelayan yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaikinya dilanggar feri membawa muatan kenderaan di perairan Kuala Kedah semalam, dijumpai pagi tadi.

Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Mohd Jamalludin Mat Yusop berkata mayat Abdullah Mat Ali, 53, dari Taman Sri Gemilang, Mergong di sini ditemui pada pukul 10.18 pagi tadi oleh nelayan.

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung kira-kira 1.5 batu nautika dari tempat dia dilaporkan jatuh. Mayat telah diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama hari ini.

Mohd Jamalludin berkata operasi yang tamat 11 pagi tadi disertai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan nelayan.

Dalam kejadian kira-kira 12.20 tengah malam semalam, mangsa yang sedang mencandat sotong bersama rakannya terjatuh dari bot mereka selepas dilanggar feri kargo yang membawa muatan kenderaan ke Pulau Langkawi.

Rakan mangsa, Amri Haron, 31, sempat menyelamatkan diri dengan berpaut pada tali di tepi feri kargo terbabit.

--BERNAMA

Gok/Bau, Jeniang, Kampung Gading #DiscoverKedah2016

$
0
0


Kajian di Sungai Batu belum menemui relau yang lengkap. Semuanya didapati pecah, yang tinggal hanya bekas bahagian dasar sahaja. Penemuan relau lengkap dengan 'tuyere' di Kampung Gading, Jeniang telah memberikan kemungkinan gambaran rupa bentuk relau di Sungai Batu. 

Arang dan sedimen terbakar dalam dan keliling relau di Jeniang ini memberikan pentarikhan dari abad ke-4 Masihi (1600 tahun dahulu) -12 Masihi (800 tahun dahulu). Ini menunjukkan pada jarak 40 km antara Sungai Batu dan Jeniang, telah berlangsung industri peleburan besi pada masa yang agak sama.

Jarak ini menggambarkan keluasan tamadun berasaskan besi ini mencapai lebih 1000 km persegi.

* Relau tanah liat bersama 'tuyere' yang masih lengkap ditemui di Kampung Gading, Jeniang, sekitar 40km ke timur laut Sungai Batu. Ianya memberikan gambaran kemungkinan bentuk relau di Sungai Batu.


Panduan Perjalanan

Melalui Darat
Gunakan lebuh raya Utara –Selatan PLUS. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, ikut jalan menuju utara ke Kedah. Jika anda memandu dari Perlis atau Alor Setar, ikut arah ke selatan. Tapak ini berada lebih kurang dari 10 km dari Sungai Petani dan 80 km dari Alor setar. Terletak dalam ladang kelapa sawit berdekatan dengan jalan raya Merbok- Semeling.

Sila Hubungi

Bujang Valley Archaeological Museum

Telefon: +04-457 2005
Faks: +04-457 4635
Layari Laman Web

Jabatan Warisan Negara Zon Utara

Telefon:+04-7353643
Faks:+04-7353649

Do'a Pedang Umat Islam, Kata Tokoh Ibu Mithali Kedah

$
0
0

ALOR SETAR, 24 Dis (Bernama) -- Penerima Anugerah Tokoh Ibu Mithali sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Kedah, Fauziah Ahmad, 70, sentiasa berpegang kepada prinsip do'a sebagai pedang umat Islam bagi mendapatkan keberkatan dan kejayaan dalam hidup.

Ibu kepada 12 orang anak berumur antara 50 hingga 25 tahun itu berkata dia bersyukur dan sama sekali tidak menyangka akan mendapat anugerah tersebut walaupun baginya tugas mendidik anak-anak bukanlah mudah.

"Mahu membesar dan mendidik anak-anak ini cabarannya besar, ditambah pula dengan keadaan kemiskinan pada masa dahulu namun ia tidak mematahkan semangat saya dan suami, Husain Ahmad, 75, untuk cuba sedaya upaya memberi didikan yang terbaik buat anak-anak.

"Perkara paling penting ialah sentiasa berdo'a kepada Allah kerana do'a itu merupakan pedang kepada umat Islam. Jangan putus-putus berdo'a kerana sekiranya kita mahukan sesuatu kejayaan dalam hidup selain usaha, berkat do'a itu penting," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Khamis.

Beliau membawa pulang wang tunai RM3,000; sijil penghargaan dan hadiah sampingan berbentuk plak daripada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Fauziah Ahmad yang dilahirkan di Baling melanjutkan pelajaran peringkat tertinggi dalam Latihan Normal Kelas Latihan Perguruan anjuran Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan atas komitmen tinggi dalam bidang keagamaan, beliau dilantik sebagai guru Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) pada 1998 hingga 2004.

Sementara itu, Syeikh Kadri Abdul Hamid Al-Hafiz, 51, yang berasal dari Kota Sarang Semut, Alor Setar menerima Anugerah Tokoh Pendakwah manakala Abdul Razak Saad, 69, dari Pokok Sena menerima Anugerah Tokoh Imam yang mana masing-masing turut membawa pulang wang tunai RM3,000; sijil penghargaan dan hadiah sampingan berbentuk plak.

-- BERNAMA

Masjid Zahir Cecah Usia 100 Tahun

$
0
0

ALOR SETAR, 26 Dis (Bernama) -- Pada 15 Okt lalu, Masjid Zahir yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Alor Setar mencecah usia 100 tahun dengan majlis sambutannya dijadual diadakan pada April 2016.

Sesungguhnya masjid ini yang juga merupakan Masjid Diraja mempunyai pelbagai keunikan.

Menceritkan sejarah masjid ini yang juga dikenali sebagai Masjid Zahrah, Imam Satu Masjid Zahir, Ustaz Mohd Isa Abd Rahman berkata masjid ini dibina pada 11 Mac 1912 hasil cetusan idea Yang Teramat Mulia Tunku Mahmud Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah yang merupakan Presiden Majlis Negeri Kedah serta adinda kepada Sultan Kedah Ke-26, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Dan ia dirasmikan pada 15 Oktober 1915 oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Yang menariknya ialah sempena majlis perasmian tersebut, Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat manakala Sultan Abdul Hamid Halim Shah sendiri mengimamkan solat Jumaat.

Mohd Isa berkata satu lagi kaitan menarik mengenai Masjid Zahir ialah pada zaman dahulu nobat akan dimainkan daripada Balai Nobat yang terletak berhampiran, apabila masuk waktu solat sebelum azan dialunkan dari Masjid Zahir.

"Ini bagi memberitahu terutama kepada masyarakat Islam di sekitar Alor Setar mengenai waktu solat. Orang zaman dahulu tidak mempunyai kemudahan jam untuk mengetahui waktu solat. Selain bunyi nobat, bunyi jam besar yang terletak berdekatan masjid turut menjadi panduan masuk waktu solat bagi orang ramai," katanya.

Kedua-dua Bangunan Jam Besar dan Balai Nobat dibina seiring dengan pembinaan Masjid Zahir, jelas Mohd Isa.

Beliau berkata antara keunikan lain Masjid Zahir yang bercirikan seni bina timur tengah ini ialah ia mempunyai 261 batang tiang daripada empat jenis iaitu tiang sebatang, tiang kembar dua, tiang kembar tiga dan tiang kembang empat yang diperbuat darpada batu dan simen.

"Tiang berkembar empat digunakan untuk menahan berat kubah induk yang binaannya diambil daripada bentuk seni bina Greek 'corinthian' serta dihiasi dengan ukiran berkonsepkan flora," katanya.

Beliau berkata selaras dengan peredaran masa, Masjid Zahir diubah suai sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1960 dan 1975 dengan melakukan pembaharuan pada beberapa bahagian masjid.

-- BERNAMA

Al-Fatihah : Aziz Desa Meninggal Dunia

$
0
0

LANGKAWI: Bekas wartawan Berita Harian (BH) dan bekas pengacara TV3, Aziz Desa, 50, meninggal dunia kira-kira jam 10.50 pagi ini akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis. 

Perkara itu disahkan adik kandungnya, Azri Desa, ketika dihubungi sebentar tadi.
Viewing all 2052 articles
Browse latest View live