![]()
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyediakan tujuh pam bergerak bagi memastikan lebih 200 pesawah yang terjejas akibat perlaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dapat meneruskan aktiviti persawahan mereka.
Pengerusinya Datuk Othman Aziz berkata ini kerana seluas 425 hektar sawah padi yang melibatkan semua pesawah itu berada berhampiran dengan kawasan RTB Sungai Kedah/Sungai Anak Bukit telah terjejas.
"Pelaksanaan projek berkenaan didapati telah mengganggu kelancaran pengairan di kawasan sawah dalam blok pengairan ACLBD4 Lower, 4b, 4c, 4d, 4e dan 4f yang menyebabkan sistem pengairan di kawasan tersebut tertimbus akibat kerja-kerja yang dijalankan.
Padi di kawasan tersebut berada pada peringkat berbunga iaitu umur padi antara 70 hingga 75 hari dan memerlukan bekalan air yang cukup supaya pembentukan padi dapat berlaku dengan sempurna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, antara kampung yang yang terlibat ialah Kampung Suka Menanti, Kampung Sungai Baru, Kampung Hujung Mergong, Kampung Mergong, Kampung Batin, Kampung Hutan Betut, Kampung Kuala Sungai, Kampung Kubang Rotan, Kampung Masjid, Kampung Lempin, Kampung Kelonchor dan Kampung Kubang Pangas.
Othman berkata tujuh pam bergerak itu akan digunakan bagi membantu pesawah mengairi sawah mereka selain menggunakan mesin bagi mengorek halangan laluan air di Kampung Lemping.
"MADA juga telah menggunakan tiga buah jengkaut untuk menyelesaikan masalah di Kampung Kubang Pangas yang mengalami masalah lebih serius bagi membolehkan air mengalir secara terus ke kawasan sawah terbabit.
"Walaupun perlaksanaan projek ini penting bagi mengelakkan banjir berlaku, namun kelestrian industri padi dan pendapatan petani MADA perlu diberi keutamaan.
Oleh itu, anggota MADA akan menjalankan pemantauan berterusan selain berbincang dengan pihak kontraktor bagi mencari jalan untuk mengatasi masalah ini," katanya.
Menurutnya inisiatif yang dilaksanakan MADA ini adalah bagi menyelamatkan anggaran hasil padi sebanyak 2,125 tan yang bernilai RM3.2 juta kerana MADA sentiasa memandang serius kepentingan pesawah dan hasil padi negara.
-- BERNAMA
↧
January 8, 2016, 10:15 pm
![]()
Isu kesesakan dan masalah perkhidmatan feri di terminal feri Kuala Kedah mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dijadual melawat terminal itu pada 21 Jan ini.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata Liow menerima jemputannya untuk datang melawat terminal berkenaan bagi mengenal pasti masalah yang mengakibatkan kesesakan itu.
"Saya jemput beliau melawat terminal tersebut untuk melihat sendiri keadaan di situ termasuk pengurusan dan perkhidmatan feri," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Beliau berkata beberapa perkara turut akan dibangkitkan dalam pertemuan dengan Liow, antaranya masalah kekurangan tempat letak kereta, menambah baik dan pembesaran terminal feri serta sistem bagasi dalam feri.
Jelasnya pengusaha feri sejak akhir-akhir ini banyak menggunakan feri berkapasiti besar yang boleh memuatkan 500 hingga 600 penumpang pada satu masa, sekali gus mengurangkan kekerapan perjalanan selain melambatkan proses berlabuh.
"Kalau ada feri lain mendekati terminal, ia perlu menunggu giliran yang memakan masa kerana kelewatan membawa keluar bagasi berikutan tiada sistem bagasi.
Kekurangan feri menimbul masalah bagi penumpang yang hendak membeli tiket sampai ada yang terkandas dan terpaksa bermalam di terminal," katanya yang khuatir situasi itu akan menjejaskan kempen Tahun Melawat Kedah 2016.
Menurut Mukhriz penggunaan feri kecil yang boleh memuatkan 200 hingga 300 orang dengan kekerapan perjalanan yang lebih banyak mampu memberi pilihan kepada penumpang memilih masa feri berlepas, selain pergerakan penumpang keluar masuk yang lebih lancar.
Baru-baru ini, ribuan pelancong terkandas di Jeti Kuala Kedah dan Langkawi berikutan tiket perjalanan antara kedua-dua destinasi itu kehabisan ekoran pertambahan pelancong ke pulau bebas cukai itu.
Katanya kerajaan negeri juga telah mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk membina bangunan tempat letak kereta yang mengguna pakai teknologi Jepun, berhadapan terminal Kuala Kedah.
--BERNAMA
↧
↧
January 9, 2016, 12:12 am
↧
![]()
ALOR SETAR, 8 Jan (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri diarah menyiasat termasuk memantau rekod dan prosedur operasi di pusat perubatan swasta di Jitra, bagi mengelak kes tertukar bayi berulang.
Exco Kesihatan negeri Datuk Dr Leong Yong Kong berkata walaupun isu itu sudah selesai setelah ibu bapa sebenar menukar kembali bayi masing-masing, namun, ia masalah serius kerana berkaitan dengan kesahihan identiti bayi yang dilahirkan.
Beliau berkata ia dikhuatiri akan menimbulkan keraguan kepada orang awam yang ingin ke pusat perubatan tersebut sama ada untuk bersalin atau mendapatkan rawatan.
"Kalau mereka lepas tangan, itu tidak bagus sebab ini berkait dengan kecuaian di pusat perubatan. Walaupun mereka sudah meminta maaf, namun sesuatu tindakan perlu diambil.
"Jadi, kita akan buat siasatan awal dan selepas itu, kita akan tengok apa peranan dan bidang kuasa yang boleh kita mainkan dalam hal ini sebelum mengambil apa-apa tindakan," katanya kepada Bernama hari ini.
Dalam kejadian Selasa lalu, sepasang suami isteri terkejut apabila menerima panggilan daripada pusat perubatan swasta memaklumkan bayi mereka yang baru dilahirkan tertukar dengan anak orang lain.
Bayi yang merupakan anak kelima pasangan tersebut, dilahirkan pada pukul 4.04 petang Selasa lepas dan hanya dimaklumkan mengenai kesilapan tersebut lima jam selepas membawa bayi berkenaan balik ke rumah.
Ibu bayi tersebut kemudian dimasukkan semula ke pusat perubatan itu bagi tujuan pengambilan sampel darah untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Norhizan Ismail berkata pihaknya dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan bahawa satu kenyataan khas berhubung isu tersebut akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
↧
Rumah ini pada asalnya diperbuat daripada kayu yang dibina pada tahun 1900. Terletak di No. 18 Lorong Kilang Ais, tepi Jalan Pegawai Kampung Seberang Perak. Di rumah inilah lahirnya Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke 4.
Beliau lahir pada 20 Disember 1925. Beliau menghabiskan masa kanak-kanak dan remajanya di rumah ini.
Di dalam rumah ini diperlihatkan gambar-gambar semasa remajanya, album keluarga serta barang-barang asal rumah tersebut.
Tun Dr. Mahathir berpindah ke rumahnya sendiri di Titi Gajah apabila berkahwin dengan Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali .
Lokasinya terletak di Jalan Pegawai, berdekatan lampu isyarat Seberang Perak dan bersebelahan kilang ais lama.
Selain rumah Tun Dr. Mahathir ada juga beberapa buah rumah yang diperbuat dari kayu yang berkonsepkan rumah tradisional berfungsi sebagai balai pameran, auditorium, dan surau. Beberapa wakaf juga di dirikan.
↧
↧
January 9, 2016, 10:44 pm
![]()
Taklimat semakan dan pelarasan kadar cukai sewa tanah baru (2015) kategori tanah 'KEDIAMAN' yang disampaikan Tuan Hj Mohd Shahdan Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian ll PTG Kedah.
Admin berharap, rakyat kedah tidak panik dengan khabar berita yang digembar gemburkan kerana kerajaan negeri pentadbiran YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir masih menitik berat lagi perihal rakyat kedah yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Untuk semakan dan pelarasan yang dilakukan setiap 10 tahun sekali ini, kerajaan negeri mengambil kira dari segi keluasan tanah kediaman. Tidak adil sekiranya pemilik kediaman lot banglo membayar kadar lebih rendah berbanding pemilik kediaman lot teres serta Semi 'D' mengikut keluasan tanah.
Bagi golongan memiliki rumah teres yang selalunya berkeluasan 110 hingga 120 meter persegi jelas ianya dari golongan berpendapatan rendah dan Kerajaan Negeri tetap mengenakan kadar minima RM45 satu lot sepertimana sebelum-sebelum ini.(tiada perubahan).
Walaupun kerajaan negeri pentadbiran sebelum ini memberi rebat RM0.12/meter persegi, bayaran minima yang perlu pemilik rumah teres kena bayar, tetap RM45. Rebat sebenarnya hanya dinikmati golongan yang memiliki keluasan tanah lot banglo sekiranya dikira mengikut keluasan.
Manakala bagi kediaman semi 'D' kadar minima telah diturunkan dari RM80 kepada RM70 iaitu penurunan RM10 (Ianya bergantung kepada saiz tanah kediaman). Kenaikan sedikit akan dirasai bagi yang memiliki kediaman berkeluasan lot banglo.
Bagi kediaman di kampung, tak perlu risau sebab tidak terlibat dengan semakan dan pelarasan yang dilakukan Kerajaan Negeri.
Tak salah rasanya bagi golongan yang berkemampuan membayar lebih dari golongan sederhana dan rendah.
↧
January 10, 2016, 12:30 am
![]()
Taklimat semakan dan pelarasan kadar cukai sewa tanah baru (2015) kategori tanah 'PERTANIAN' yang disampaikan Tuan Hj Mohd Shahdan Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian ll PTG Kedah.
Berdasarkan analisa oleh Pentadbiran Tanah,bilangan lot yang mempunyai keluasan 10 hektar keatas hanyalah 159 sahaja. Ini bermakna hanya sejumlah 159 lot kategori pertanian syarat nyata padi yang terlibat dengan kenaikan kadar cukai sewa tanah pada tahun 2016 iaitu bersamaan dengan 0.14 % sahaja. Kerajaan meletakkan kadar minima tanah pertanian hanya RM10 per lot.
Bagi lot pertanian selain daripada padi pula,kadar yang dikenakan ialah RM30/hektar bagi lot yang mempunyai keluasan kurang daripada 4.04hektar. Kadar ini adalah RM2 LEBIH RENDAH daripada kadar rebat 2008 dan RM9 lebih rendah berbanding kadar semasa semakan tahun 2005.
Bagi keluasanmelebihi 4.04 hektar sehingga kurang daripada 10hektar pula kadar semakan 2015 ialah RM50 iaitu kenaikan sebanyak RM5 berbanding dengan kadar rebat 2008, namun masih lagi rendah berbanding dengan kadar semasa semakan tahun 2005 iaitu RM60. Kenaikan sebenar cukai sewa tanah pertanian adalah kepada pemilik lot yangmempunyai keluasan 40 hektar ke atas. Kadar yang dikenakan ialah RM150/hektar. Kesemua lot pertanian keluasan lebih 40 hektar ini dimiliki oleh syarikat atau individu yang menguruskan pertanian secara perladangan.
Tak salah rasanya bagi golongan yang berkemampuan membayar lebih dari golongan sederhana dan rendah.
↧
January 10, 2016, 4:00 am
Taklimat semakan dan pelarasan kadar cukai sewa tanah baru (2015) kategori tanah 'INDUSTRI' yang disampaikan Tuan Hj Mohd Shahdan Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian ll PTG Kedah.
Bagi kadar cukai sewa tanah untuk industri pula,Kerajaan meletakkan kadar yang berbeza untuk industri yang mempunyai keluasan kurang daripada 2 hektar. Kebanyakan industri kecil dan sederhana beroperasi di lot-lot yang keluasannya kurang daripada 1,000 meter persegi. Walaupun Kerajaan menaikkan kadar cukai lot industri sederhana daripada 15 sen/meter persegi kepada 40 sen/meter persegi, namun kadar minima adalah dikekalkan iaitu RM400/lot. Ini bermakna,kebanyakkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) AKAN KEKAL menikmati bayaran minima seperti tahun-tahun yang lepas.
Berdasarkan data yang diberikan oleh Pentadbiran Tanah, sejumlah 8,065 lot industri yang beroperasi di atas tanah yang mempunyai keluasan kurang daripada 1,000 meter persegi. Ini bermakna kesemua lot industri ini akan terus menikmati kadarminima RM400 per lot untuk setahun.
Kadar cukai lot industri di Negeri Kedah adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan kebanyakan negeri lain disemenanjung. Kebanyakan negeri telah meletakkan kadar cukai lot industri melebihi RM1,namun kita masih mengekalkan kadar cukai lot industri di bawah paras RM1. Kadar yang kita kenakan selama ini adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Perlis.
↧
January 10, 2016, 5:12 pm
![]()
Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) meminta orang ramai yang bermotosikal ke masjid untuk bersolat terutama solat Jumaat agar memakai topi keledar.
Ketua Pengarahnya Abd Ghafar Yusof berkata ramai penunggang dan pembonceng motosikal yang tidak memakai topi keledar ketika hendak ke masjid.
"Kalau mereka hendak ke tempat kerja atau sebagainya, mereka akan memakai topi keledar, tetapi jarang jika hendak ke masjid, katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Program Perjalanan Selamat 'Long Short Walk 2016' peringkat negeri di sini, Ahad.
Beliau berkata statistik menunjukkan 3,223 penunggang dan pembonceng motosikal maut bagi tempoh Januari hingga September 2014 dan 3,098 kematian bagi tempoh sama tahun 2015.
"Di Kedah misalnya hampir 80 peratus kemalangan membabitkan motosikal dan antara puncanya ialah langgar lampu isyarat," katanya.
Abd Ghafar menasihati orang ramai agar lebih menggunakan kereta atau pengangkutan awam untuk ke tempat kerja atau lokasi lain kerana ia lebih selamat.
Beliau turut menasihati pejalan kaki agar menggunakan jejantas dan 'zebra crossing' sekiranya mahu melintas jalan.
-- BERNAMA
↧
↧
January 10, 2016, 7:00 pm
![]()
Persatuan Nelayan Negeri Kedah (Nekad) terpaksa mengambil langkah mengimport kira-kira 10 tan hasil laut sejuk beku bagi menampung kekurangan bekalan akibat cuaca panas akhir-akhir ini.
Pengerusi Nekad Ahmad Rudin Hussin berkata langkah itu terpaksa diambil memandangkan hasil tangkapan yang semakin merosot sehingga 50 peratus akibat keadaan cuaca pada masa ini.
Beliau berkata, keputusan untuk mengimport hasil laut itu adalah hasil mesyuarat persatuan berkenaan semalam dan dijangka akan dimulakan dalam akhir bulan ini, sekiranya keadaan cuaca panas masih berterusan.
Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya terpaksa memilih untuk mengimport hasil laut daripada negara-negara yang mempunyai nilai mata wang yang rendah seperti India, Bangladesh, Indonesia memandangkan nilai ringgit Malaysia yang agak merosot.
Bekalan hasil laut yang meliputi ikan selar, selayang, sardin, bawal, udang serta dijangka mampu memenuhi keperluan dalam tempoh Februari hingga Mac ini, bergantung kepada keadaan cuaca, katanya.
Beliau berkata, keadaan cuaca panas dialami sekarang turut menyebabkan harga ikan melambung naik seperti ikan termenung yang naik daripada RM7 sekilogram kepada RM14 sekilogram.
"Apabila cuaca panas, air laut pun panas, maka ikan-ikan banyak lari ke tengah laut ingin mencari tempat sejuk, dan amatlah bahaya untuk para nelayan turun ke tengah laut dalam keadaan seperti ini," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Pengarah Meteorologi Kedah Rosli Zakaria@Che Kob berkata, fenomena El-Nino yang berlaku meningkatkan lagi cuaca panas dan kering yang di alami negeri-negeri utara Semenanjung ketika ini.
Katanya, bagi tempoh antara Disember hingga Mac, corak iklim di negeri-negeri utara sememangnya panas dan kering seperti kebiasaan.
Sehingga semalam, Stesen Meteorologi Alor Setar mencatatkan rekod tiada hujan selama tempoh hampir tiga minggu bermula 18 Dis lepas, dengan hanya sehari hujan pada 28 Dis.
Suhu pula dalam julat 23 hingga 34 darjah Celsius.
-- BERNAMA
↧
January 11, 2016, 5:00 am
![]()
Masjid Albukhary, or Albukhary Mosque, is one of the newest and most impressive landmarks in Alor Setar, Kedah. It is located at Yayasan Albukhary, Jalan Langgar, Alor Star, Kedah Darul Aman.
The mosque was built by Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, a local entrepreneur who made it big in the lorry business. Tan Sri Syed Mokhtar, of Yemeni descent, is the third of seven siblings born into a poor family so impoverished that their home did not have a bed, table or chair.
Masjid Albukhary is part of Kompleks Albukhary, a sprawling Islamic centre which includes a medical centre, a community centre, an orphanage, a senior citizen academy and a centre for higher learning.
The project is developed by Yayasan Albukhary, or the Albukhary Foundation. Next to Komplek Albukhary is another project developed by Yayasan Albukhary, the Souq Albukhary.
Masjid Albukhary is easily reachable from the North South Expressway. Take Exit 180 at Alor Star North. Immediately after the toll plaza, keep left, and turn left into Jalan Langgar at the next traffic junction.
After a short distance, you will see Souq Albukhary on your right. Continue along the road until you see Masjid Albukhary on your right, then make a U-turn to reach it.
↧
January 12, 2016, 5:00 am
Gunung Keriang (Mount Keriang) is a 250 million year old lump of mainly limestone rock which is said to be in the shape of an elephant and reaches a height of 218 meters.
It is located about 8 km north-west of Alor Setar close to the Kedah Paddy Museum.
It is geologically unique and ten different rocks are found here including attractivecalcite crystals which are much sought after by collectors and fung-shui believers.
Like most of Malaysia's limestone formations, the hill is riddled with caves including a larger one known as Gua Keriang.
On the south eastern edge of the hill is the Gunung Keriang Recreational Parkwhich has walking trails with concrete railings and viewing gazebos. It is possible to hike up to the summit to obtain good views of the surrounding rice plains.
↧
January 13, 2016, 2:40 am
YAB MB selaku Presiden #KFA komen tentang 'Penajaan' Tan Sri Syed Mokhtar pada pasukan bola sepak Kedah.
MB menjelaskan, bahawa penajaan RM35 juta itu tidak benar dan hanya khabar angin yg sengaja disebarkan.
Selain itu YAB MB turut menjelaskan bahawa pihak KFA menggunakan pendekatan untuk berhubung dengan syarikat yang dilihat mampu menaja pasukan bola sepak Kedah dan dalam masa yang sama turut mengalu-alukan penajaan dari syarikat yang mahu menggunakan bola sepak Kedah untuk mempromosikan product syarikat mereka.
↧
↧
January 13, 2016, 4:00 am
![]()
This tower is located at Jalan Putera. It was built in 1912 and is now 102 years old. At certain times, this clock will chime. In terms of its architecture, there are two elements that are being portrayed here, that are the Islamic and Hindu aspects.
The Islamic elements can be seen around the dome section with the crescent, a symbol that is usually seen on the roof of mosques. The carvings surrounding this tower are also Islamic design.
However, if we observe the lower section of that tower, the carvings represent Hindu elements, especially at its entrance. Obviously, the design of this tower does not have foreign influence. It is a blend influence of the Islam religion and past Hinduism.
The construction of this Big Clock has connection with the Zahir Mosque in its role and function. It provides facility to the public especially to the muezzin who works in the Zahir Mosque to confirm the prayer times before the azan (the call to prayer) is made.
In the past, this tower will chime at every prayer time, followed by the beating of the nobat at the Balai Nobat, and accordingly the call to prayer is made from the Zahir Mosque.
↧
January 13, 2016, 6:00 am
Penyerang Import baru Kedah Carlos Kahe dijangka tiba 9:00 malam esok di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas bersama pengurusnya Carlos Roberio, pemain legenda 90an skuad hijaukuning. Sandro Mendonca juga akan tiba bersama delegasi yang sama malam esok.
Persatuan Bolasepak Kedah mengalu-alukan kehadiran penyokong hijaukuning untuk meraikan kehadiran Kahê ke bumi Darul Aman.
Selain Kahê yang bakal mengisi posisi penyerang skuad hijaukuning, Kedah turut mengekalkan 3 pemain import tahun lepas iaitu Bang Seung Hwan, Liridon Krasniqi dan Sandro Mendonca.
Liridon Krasniqi dimaklumkan tiba esok dengan penerbangan lain bersendirian.
Kehadiran Kahê pasti dinantikan semua pemerhati bolasepak Malaysia dengan Kedah dianggap pasukan pencabar dalam saingan Liga Super 2016.
Kahê, Sandro dan Liridon dijangka berlatih bersama skuad hijaukuning 15 Januari ini.
BIODATA Kahê
Nama penuh: Carlos Eduardo de Souza Floresta
Tarikh lahir: 28 Ogos, 1982 (34 tahun)
Tempat lahir: São Paulo, Brazil
Tinggi: 1.87 m (6 kaki 2 inci)
Posisi: Penyerang
Informasi Kelab
Karier Remaja
1998–2001 Portuguesa (Sao Paulo)
Karier Senior
2002–2004 Nacional (Sao Paulo)
2004–2005 Palmeiras
2005 Ponte Preta
2005–2007 Borussia M'Gladbach
2007–2010 Gençlerbirliği
2010–2013 Manisaspor
2013-2014 Denizlispor
2014-2015 Karşıyaka 29
2015 Oeste
2016 Kedah F.A.
Pasukan Kebangsaan
2002 Brazil U20
↧
January 13, 2016, 5:12 pm
![]()
#Video sidang media YAB MB semasa mengadakan pertemuan dengan juara Skuasy bawah 15 tahun British Open, Adik Aifa Azman dan atlit rakan berpasukannya yang mengharumkan nama Malaysia serta negeri Kedah khususnya diperingkat antarabangsa.
Dalam sidang media tersebut YAB MB memaklumkan bahawa kerajaan negeri berazam melahirkan lebih ramai atlit Skuasy seperti Datuk Nicol David di Kedah dalam masa yang sama. YAB MB turut akui bahawa prasarana gelanggang skuasy yang ada kini di Kedah berada dalam serba kekurangan.
Walau prasarana dalam serba kekurangan, YAB MB mengucapkan tahniah kepada jurulatih skuasy negeri, Cheong Pak Kau kerana dengan pendekatan yang digunakannya (dalam serba kekurangan) telah membuat pasukan bimbingannya begitu cemerlang di pentas antarabangsa.
Bagi mengatasi masalah tersebut (diperingkat awal cadangan), satu kompleks skuasy berkapasiti 10 gelanggang telah dicadangkan Persatuan Skuasy Kedah dan YAB MB akan bawa cadangan tersebut ke mesyuarat Exco dalam masa terdekat seterusnya dipanjangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Menurut YAB MB kompleks itu sangat diperlukan memandangkan prestasi pemain negeri itu yang begitu memberangsangkan bukan sahaja di peringkat dalam Malaysia malah juga pentas antarabangsa.
Selain itu dalam sidang media tersebut, YAB MB turut memaklumkan bahawa mulai tahun ini atlet yang disasar menyumbang pingat emas di Sukan Malaysia, akan menerima RM500 sebulan, RM300 sebulan untuk atlet bakat (sasaran pingat SUKMA dan masih bersekolah) manakala RM100 sebulan untuk atlet pelapis di bawah Skim Kecemerlangan Atlet Negeri Kedah.
- Untuk makluman sepenuhnya, saksikan video sidang media YAB MB
↧
January 16, 2016, 3:20 am
![]()
Sidang Media YAB kelmarin selepas merasmikan Projek Sistem Tenaga Solar berkapasiti 12 kilowatt (kW) di Masjid Al-Fateh, Bandar Baharu.
Projek ini merupakan perintis Projek Sistem Tenaga Solar di bawah Agenda Hijau Kedah yang dilancarkan 18 Oktober tahun lalu.
Projek ini merupakan projek cetusan ilham Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Tinggi, Sains dan Inovasi negeri, YB Dato' Norsabrina Mohd. Noor yang mendapat sumbangan syarikat pengeluar panel solar terkemuka dunia, First Solar dengan kos RM107,000.
YAB MB amat teruja dan gembira dengan kejayaan ini. Bagi YAB MB, ini merupakan antara langkah terpenting dalam memastikan Kedah muncul sebagai antara pelopor teknologi tenaga boleh diperbaharui di negara Malaysia seperti yang termaktub dalam Agenda Hijau Kedah.
YAB MB juga harap penggunaan panel solar seperti ini dapat diperluaskan lagi di rumah ibadat, bangunan kerajaan negeri, swasta dan pelbagai premis lain kerana penggunaannya tidak hanya boleh menjana pendapatan malah turut mendatangkan kesan lebih baik kepada alam sekitar.
Majlis tersebut turut dihadiri Setiausaha Majlis Agama Islam Kedah, Datuk Zahari Ismail, Pengarah Urusan First Solar Malaysia, Datuk P’ng Soo Hong; serta Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam negeri, Datuk Syeikh Hasbullah Abdul Halim.
Untuk makluman, sistem yang dipasang ini mampu menjana sehingga 46 kilowatt per jam (kWh) sehari bersamaan 16,790 kWh setahun serta mampu menjana pendapatan bersih kepada masjid menerusi kaedah Feed-in-Tariff (FiT) selama 21 tahun sebanyak RM390,000, bermula bulan ini.
Selain itu YAB MB turut memberitahu, setakat ini kerajaan negeri sedang menilai beberapa kertas cadangan oleh beberapa pihak bagi memperluaskan penggunaan tenaga solar di bangunan kerajaan di negeri ini.
↧
↧
January 16, 2016, 5:00 am
Presiden Persatuan Bolasepak Kedah Dato Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir meluangkan masa hadir ke majlis jamuan kesyukuran yang dibuat untuk pelari solo, En Nasir Abbas, 60, di kediaman beliau di Kuala Kedah tengah hari tadi.
Turut hadir adalah barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Kedah, Setiausaha Kehormat KFA , YB Aminuddin Omar, Jurulatih , pemain serta ribuan penyokong Kedah.
En Nasir Abas, 60, yang melakukan larian sejauh kira-kira 500 kilometer dari Stadium Shah Alam, Selangor, mulai 13 Dis tahun lepas, selepas berakhirnya perlawanan akhir Piala Malaysia.
Nasir tiba di Stadium Darul Aman pada 22 Dis lepas, melakukan larian tersebut sebagai tanda sokongan dan terima kasih kepada skuad Lang Merah yang layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Selangor.
↧
January 16, 2016, 5:12 pm
Pasukan Kedah mengikat kontrak pemain dari Brazil, Carlos Eduardo de Souza Floresta atau Carlos Kahe selama setahun bagi memantapkan jentera serangan pasukan itu pada Liga Malaysia 2016.
Pengurus pasukan, Datuk Jeffrey Low Han Chow berkata pemilihan Carlos Kahe, 34, berdasarkan prestasi yang ditunjukkan sepanjang bermain di Bundesliga Jerman dengan mewakili pasukan Boarussia Monchengladbach selama dua tahun dan beberapa kelab dalam Liga Turki selama tujuh tahun.
Beliau berkata selain tahap kecergasan yang baik, pengalaman luas yang dimiliki Carlos Kahe mampu untuk membantu mengasah jentera serangan skuad Lang Merah yang sebelum ini tumpul.
"Carlos Kahe juga pernah bergandingan dengan rakan senegaranya Sandro Da Silva (pemain Kedah) dalam sebuah kelab di Brazil. Jadi ini merupakan kelebihan dari segi persefahaman dalam pasukan nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyambut pemain import itu yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini malam tadi dan turut disambut oleh kira-kira 100 penyokong setia skuad Lang Merah.
Carlos Kahe yang bermain pada posisi serangan berkata beliau gembira dan teruja menyertai pasukan Kedah musim ini dan berjanji akan memberi yang terbaik sepanjang perlawanan kali ini.
Carlos Kahe yang menjaringkan 73 gol sepanjang tujuh tahun di Liga Turki berkata beliau mengenali pasukan ini menerusi rakan senegaranya Sandro dan berharap akan cepat menyesuaikan diri bersama pasukan tersebut.
"Lima tahun saya bermain dengan Sandro di Brazil dan bila ditawarkan untuk bermain dengan pasukan Kedah, saya bersetuju. Tugas saya untuk jaringkan gol dan saya akan lakukan yang terbaik," katanya.
-- BERNAMA
↧
January 16, 2016, 7:12 pm
Sidang media YAB MB selepas mendengar Taklimat Pembangunan Strategik Daerah Bandar Baharu di Pejabat Daerah Bandar Baharu.
Selain itu YAB MB turut memperjelaskan isu kononya Daerah Bandar Baharu akan ditukar nama ke nama Bandar Crustasea.
Untuk makluman anda semua bahawa nama Daerah Bandar Baharu tidak akan diubah. Sebenarnya nama Bandar Crustasea itu merupakan nama bagi satu 'Pekan Kecil' yang baru berhampiran pekan Bandar Baharu.
Apa-apa pun ianya masih diperingkat cadangan dan perlu dimasukkan kedalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk diperbincangkan.
↧