Quantcast
Channel: MMFC News Portal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052

Mantapkan Pertahanan Lang Merah - DS Mukhriz

$
0
0

Skuad Helang Merah perlu memantapkan lagi barisan pertahanannya dalam aksi timbal balik menentang Felda United di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Ahad ini, bagi memburu slot final Piala Malaysia 2015.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata walaupun Kedah mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri, namun kekuatan Felda United terutama barisan penyerangnya tidak boleh dipandang remeh.

Beliau berkata demikian ketika mengulas aksi separuh akhir pertama semalam di mana juara Liga Perdana, Kedah berjaya mengikat Felda United 2-2.

Mukhriz, yang juga Menteri Besar, berkata demikian selepas mesyuarat Kongres KFA ke-40 di Wisma Darul Aman, semalam. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052