Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052

Mukhriz buat kejutan, suntik semangat Kedah




MANTAN Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir membuat kejutan hadir meluangkan masa bersama pegawai dan pemain Hijau Kuning di Hotel Holiday Villa, dekat sini pada tengah hari tadi.

Kehadiran Mukhriz yang mahu menyemarakkan semangat Hijau Kuning bagi berhadapan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan separuh akhir kedua Superbest Power Piala FA 2016 di Stadium Larkin malam ini nyata mengejutkan kontinjen Kedah.

Tiada sebarang ucapan yang dibuat oleh bekas Menteri Besar Kedah itu namun beliau sempat memberikan kata-kata semangat kepada semua pemain semasa bersalam dengan semua pemain.

Beliau turut meminta pemain bermain dengan sepenuh hati malam ini dan berusaha sedaya upaya untuk membawa Kedah layak ke perlawanan akhir Piala FA 2016

Berita dari Sinar Harian 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052

Trending Articles