Quantcast
Channel: MMFC News Portal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052

Media Tidak Dibenarkan Buat Liputan Pembentangan Laporan Akhir 1MDB

$
0
0

KUALA LUMPUR: Pihak media tidak dibenarkan membuat liputan pembentangan Laporan Akhir Pengauditan Ketua Audit Negara terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan berada di luar pintu masuk utama ke bangunan parlimen.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini mengumumkan penangguhan pembentangan Laporan Akhir Pengauditan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB yang dijadualkan pada 24 dan 25 Februari lalu.

Pengerusinya, Datuk Hasan Arifin berkata, ia berikutan kebanyakan ahli PAC berada di luar negara termasuk mengerjakan ibadah umrah.

Katanya kehadiran semua ahli PAC penting bagi mendengar pembentangan laporan akhir pengauditan Ketua Audit Negara Terhadap 1MDB berkenaan. - awani

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052