Quantcast
Channel: MMFC News Portal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052

Kedah Perlu RM30 Juta Untuk Keseluruhan Pembangunan Bola Sepak

$
0
0



Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memerlukan peruntukan sebanyak RM 30juta bagi membiayai persatuan itu tahun ini, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Mukhriz yang juga Presiden KFA berkata selain untuk pasukan utama bola sepak negeri, ia juga digunakan untuk program kejurulatihan dan pembangunan pemain muda negeri untuk jangka masa panjang.

Beliau berkata program pembangunan bola sepak negeri ini juga penting bagi memastikan setiap pemain mendapat pendedahan yang dapat mematangkan mereka dalam sukan bola sepak.

"Setakat ini kita masih melakukan rundingan dengan anak syarikat kerajaan negeri dan beberapa syarikat korporat untuk menaja KFA. Kita juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk taja KFA tampil untuk berbincang dengan kita.

"Prestasi pemain amat memberangsangkan musim lepas dan kita juga mempunyai ramai penyokong yang sentiasa membanjiri Stadium Darul Aman setiap kali perlawanan berlangsung," katanya ketika ditemui di Taman Sri Putra, Kuala Kedah hari ini.

Mukhriz berkata kerajaan negeri yang mempunyai sumber kewangan yang terhad untuk KFA juga tidak pernah lambat atau gagal untuk melakukan pembayaran gaji pemain mengikut masa yang ditetapkan.

Beliau berkata dengan peruntukan terhad tahun lepas, pihaknya turut melakukan pelbagai program pembangunan bola sepak seperti menganjurkan Piala Menteri Besar Kedah bagi mencungkil lebih ramai pemain pelapis

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052