Quantcast
Channel: MMFC News Portal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052

Sanggup Bermotosikal Dari Johor Untuk Sokong Helang Merah

$
0
0

Seorang peminat bola sepak sanggup datang dari Pontian, Johor untuk menyokong skuad Helang Merah bertemu Felda United dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman di sini Ahad malam.

Muhammad Riduan Abdul Kadir, 26, yang juga penyokong pasukan negerinya Johor Darul Ta'zim (JDT) menunggang motosikal secara solo sejauh 600 kilometer.

"Saya bertolak dari Skudai pada pukul 10 malam tadi dan tiba di sini pada pukul 1.30 tengah hari tadi.

"Niat awal saya datang ke Kedah kerana menjangka JDT yang akan mara ke separuh akhir dan menentang Kedah. Tapi oleh kerana JDT tidak layak, jadi saya ambil keputusan untuk beri sokongan kepada pasukan Kedah," katanya dan menambah tindakannya itu turut mendapat sokongan ibu bapanya.

Ketibaan beliau tidak sia-sia apabila disambut bekas jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah dan penyokong kelab Helang Kuning Fan Club (HKFC).

Sementara itu ditanya mengenai perlawanan antara Kedah dan Felda United, Azraai berkata walaupun Kedah mempunyai kelebihan selepas memperoleh dua gol di tempat lawan, namun Felda United masih mampu untuk menambah jaringan.

"Tapi oleh kerana bermain di laman sendiri dengan sokongan kuat daripada penyokong, saya jangka Kedah mampu menewaskan Felda United dengan jaringan 2-1," katanya.

-- BERNAMA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052