Quantcast
Channel: MMFC News Portal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052

Gulai Itik Antara Produk Yang Bakal Diperkenal Dalam 'Yan Best'

$
0
0

Lebih 16 produk daripada daerah Yan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi seperti gulai itik akan diketengahkan di bawah jenama 'Yan Best' dalam program Discover Kedah 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi Kedah, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata antara produk lain ialah ikan masin, ikan pekasam, nira nipah dan cuka nipah.

"Kita akan mengadakan program di beberapa lokasi untuk mencari dan mengenal pasti produk yang dikenali ramai dan popular menjelang Januari tahun depan untuk diketengahkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk keluaran 'Yan Best' di sini hari ini.

Beliau berkata produk lain yang dilihat berpotensi tersenarai dalam Yan Best termasuk tepung kek segera keluaran SNZ Cemerlang Enterprise, kopi keluaran Kilang Kopi Cap Raga dan sambal tumis keluaran Hazra Jaya.

-- BERNAMA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052

Trending Articles