Quantcast
Channel: MMFC News Portal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052

Yayasan Nur Ehsan Beri Sumbangan Pada Masjid Dan Surau Di Kedah

$
0
0

Yayasan Nur Ehsan menyumbang RM30,000 kepada 61 masjid dan surau di Kedah bagi membantu usaha membaik pulih kemudahannya dan membiayai program sepanjang bulan Ramadan ini.

Naib pengerusinya Azudin Ezhar Adnan berkata pemilihan masjid dan surau penerima bantuan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

"Ia (bantuan kewangan) itu merupakan program tahunan Yayasan Nur Ehsan untuk membantu masjid-masjid dan surau-surau di negeri Kedah," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan itu di Masjid Sultanah Bahiyah Khamis.

Beliau berkata Yayasan Nur Ehsan yang telah ditubuhkan sejak sembilan tahun lepas, turut terlibat dalam membantu pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam bidang akademik.

Yayasan Nur Ehsan berpangkalan di Kedah.

-- BERNAMA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052