Quantcast
Channel: MMFC News Portal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052

#BajetKedah2016 : 100 Buah Rumah Di Perumahan Aman Makmur Dulang Siap Dibina

$
0
0

Dalam usaha memindahkan penduduk yang terlibat dengan hakisan laut di daerah Yan, bersama sebuah yayasan, Kerajaan telah membina sebanyak 100 buah rumah dalam projek Perumahan Aman Makmur. 

Rumah yang telah selesai dibina itu akan mula diduduki selepas kerja-kerja penyediaan infrastruktur yang menelan belanja sebanyak RM2.49 juta siap sepenuhnya pada tahun 2016. 

Sebaik siap projek berkenaan, Kerajaan dapat menyelesaikan masalah dan kebimbangan yang membelenggu penduduk di pinggir pantai daerah Yan yang kian hari kian terjejas akibat hakisan pantai. 

Ditambah pula dengan keadaan cuaca tidak menentu sejak akhir-akhir ini, sudah tentu jika tidak dipindahkan, penduduk akan semakin resah dan gelisah. Usaha ini menunjukkan Kerajaan yang memerintah pada hari ini amat prihatin dan mendengar setiap denyut nadi Rakyat.




Janji BN PRK Sg Limau 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052