Quantcast
Channel: MMFC News Portal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052

HOT! Syarikat antarabangsa Osram akan melabur 1 bilion Euro @ RM4.7 Bilion di Kedah!

$
0
0


Petang ini YAB MB Kedah Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan bahawa syarikat antarabangsa Jerman, Osram, pengeluar chip LED terbesar dunia membuat keputusan akan melabur di Kulim Hitech Park dengan jumlah pelaburan 1 Bilion Euro @ RM4.7 bilion.

Bukan mudah untuk menyakinkan syarikat besar seperti Osram melabur dinegara kita. Ia mengatasi dua negara lain. Kita menerima berita ini dengan cukup sukacita. Sesungguhnya ini akan merancakkan lagi ekonomi Kedah dan Malaysia.

Ia juga akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah. Pekerjaan yang berpendapatan tinggi. Sebelum ini Kulim Hitech telah menyediakan peluang pekerjaan kepada seramai 20 ribu orang. Kemasukan Osram pasti akan menambah lagi peluang pekerjaan yang ada.

Ia juga menunjukan bahawa pelabur asing sangat yakin dengan Malaysia dan Kedah khususnya untuk melabur disini. Sudah tentu kita berbangga apabila sebuah syarikat terkenal sanggup datang melabur di Kedah.

#HanyaDiKedah #Ekonomi #Kedah #KedahSerataRata

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052