Quantcast
Channel: MMFC News Portal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052

Peranan Media Perdana - DS Mukhriz

$
0
0


Dalam ucapan YAB MB di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pokok Sena, Dato Seri Hj Mukhriz ada menyentuh mengenai peranan media perdana.

Kata beliau, Media Perdana tidak lagi menjadi media perdana. Kerana ramai diantara kita yang tidak lagi yang mahu merujuk media perdana. Mereka lebih selesa dan percaya merujuk pada media sosial.

Kenapa media perdana tidak lagi dipercayai?

Media perdana pun sepatutnya boleh menjadi media yang boleh dipercayai. Tapi kini media yang pro UMNO, pro kita dok ambil orang yang dulunya dok hentam kita selama ini, bagaimana orang yang dok hentam kita bole masuk media kita, dan hentam bekas pemimpin kita.

Mereka ini diberi peluang untuk hentam bekas pemimpin kita di media yang pro kita sendiri.

Pihak yang hentam kita tu boleh pulak muncul di dalam dada akhbar, dan hentam bekas pemimpin kita yang pendapatnya tak seiring dengan pimpinan sekarang.

Katanya semua ini dilakukan oleh individu tertentu yang memberi arahan sebagai tugas khas.

Arahan seperti ini, merosakkan parti kita, patut tindakan ini perlu dihentikan, untuk menjaga parti kita sekaligus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada media arus perdana.

Kita harus sedar, permuafakatan parti, adalah untuk agama bangsa dan tanah air.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052