Quantcast
Channel: MMFC News Portal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052

Keluar dewan hanya sandiwara

$
0
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap tindakan pembangkang keluar dewan bagi membantah pelantikan Speaker Dewan Rakyat sebagai satu sandiwara.

Menurut Dr Mahathir, mereka kini sedang belajar cara untuk menjadi pembangkang.

“Mereka baru tahu.. tapi mereka akan belajar. Dulu mereka ‘complaint’ pasal orang lain, sekarang mereka guna cara sama yang mereka dulu fikir teruk,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Persidangan Dewan Rakyat pagi tadi berlaku sedikit ketegangan apabila ahli Parlimen BN dan Pas keluar dewan sebagai tanda boikot pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Protes ini tercetus kerana pelantikan Mohamad Ariff sebagai Speaker Dewan Rakyat ke-9 pada hari ini menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Laporan Sinar Harian 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052