Quantcast
Channel: MMFC News Portal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052

Menteri Besar Kedah bersama pengunjung bazar raya Aman Central

$
0
0

12 Jun 2018 - YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir hari ini hadir di Aman Central bagi menyempurnakan Majlis Pemberian Kuih Raya Aman Central kepada pusat jagaan & tahfiz yang terpilih. Pengarah Urusan Belleview Group yang juga pemilik Aman Central Datuk Sonny Ho turut hadir bersama.

Dato' Seri Hj Mukhriz turut meluangkan masa meninjau bazar raya di perkarangan Aman Central dan bersama orang ramai yang membeli belah disana. 

Aman Central telah dirasmikan oleh Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Mei 2016 dan ia adalah mercu tanda baru bandar raya Alor Setar,terletak di Lebuhraya Darulaman.

Kompleks beli-belah Aman Central, Pusat beli belah terbesar di Kedah itu dibangunkan dengan kos RM500 juta dan dibina di atas tanah seluas 1.25 juta kaki persegi dengan memiliki ruang perniagaan berkeluasan 11.6 hektar.

Sejak dibuka pada 1 Oktober 2015, Kompleks beli-belah Aman Central mampu menarik sehingga 1 juta pengunjung setiap bulan dengan menawarkan pelbagai jenama yang pertama di Kedah seperti H&M, Uniqlo, Guess, Padini, Starbucks, Pandora, Baskin Robbins.

















































Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052