Quantcast
Channel: MMFC News Portal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052

Ketagih Ketum Masalah Besar Dalam Kalangan Pelajar Di Utara - Mahdzir Khalid

$
0
0


Masalah penyalahgunaan daun ketum dalam kalangan pelajar sekolah terutama di negeri sebelah utara semakin menular, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata masalah tersebut turut mengakibatkan kejadian keciciran dan ponteng sekolah.

"Kita kena buat pemantauan dan saya nak kena tengok jumlahnya. Berapa ramai pelajar yang tidak datang sekolah dan di daerah mana. Saya sedar ia merupakan masalah yang agak besar di negeri di sebelah utara terutama Kedah dan Perlis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat pergerakan Puteri Umno bahagian Kubang Pasu di sini Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berkata Kementerian Pendidikan mahu memperkasa semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah sejak tahap awal melalui program integrasi antara sekolah jenis kebangsaan.

Ini akan dilakukan melalui kewujudan program integrasi yang menekankan nilai kebersamaan seperti dalam sukan, kem kepimpinan dan aktiviti kebudayaan, katanya.

-- BERNAMA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052