Quantcast
Channel: MMFC News Portal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052

Saya tak akan kembali, Umno sekarang Najib punya, ujar Dr Mahathir

$
0
0


UMNO telah hilang identiti dan sekarang hanya diperkuda oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mempergunakan dana kerajaan, justeru Dr Mahathir Mohamad tidak berminat untuk kembali ke dalam parti itu.

“Ia bukan lagi Umno. Dah jadi parti Najib,” kata pengerusi Pakatan Harapan kepada pemberita usai tamat mempengerusikan mesyuarat gabungan parti permbangkang itu di Putrajaya hari ini.

“Dia (Najib) perguna untuk bagi dia kuasa untuk curi duit. Saya tak akan duduk dalam parti yang curi duit rakyat berbilion (ringgit) itu.

“Jadi, lupakan sajalah. Saya tak akan patah balik,” kata Dr Mahathir.


Mantan perdana menteri itu berkata demikian sebagai komen terhadap kenyataan Facebook anak Najib, Nazifuddin Najib yang menjemput Dr Mahathir kembali ke dalam Umno bagi “memperkukuhkan” lagi parti Melayu itu.

“Tun Razak bawa Tun Mahathir kembali ke pangkuan Umno untuk mengukuhkan, mempertahankan dan menjulang Umno menerajui Malaysia di persada dunia. Bukan untuk menghancurkan Umno,” kata Nazifuddin, merujuk kepada atuknya, perdana menteri kedua Abdul Razak Hussein.

“Kembalilah ke pangkal jalan; iaitu laluan yang Tun Razak telah rintis untukmu menjadi insan ke-4 menjadi perdana menteri Malaysia,” tambah anak Najib itu.

Sehubungan kenyataan anak Najib itu, Dr Mahathir mengakui kepimpinannya dahulu dalam parti utama dalam Barisan Nasional.

“Dah tentu. Saya datang dari parti sama. Tapi saya tak curi duit. Saya tak mulakan 1MDB (1Malaysia Development Bhd).

“Tapi persetujuan oleh pembangkang adalah saya patut jadi perdana menteri,” katanya menambah walaupun sudah di penghukung usia, beliau tidak akan bersara selagi Najib berkuasa sebab Najib terlebih melabur untuk membangunkan negara.

“Saya sara bertanggungjawab untuk ambil alih disebabkan pengalaman saya di bawah pentadbiran penjajah, di bawah pentadbiran Jepun… dan kemudian saya tolong kerajaan baharu (Malaysia) untuk selesaikan pelbagai masalah.

“Perdana menteri ke-7 akan berhadapan dengan kerja keras sebab kita akan selesaikan masalah yang dicipta Najib,” katanya.

Tambah Dr Mahathir lagi, beliau mengambil keputusan bersara pada 2002 kerana merasakan yang kewangan negara mantap ketika itu.

“Saya tinggalkan negara dalam keadaan rapi. Tapi selepas dua orang itu ambil alih, kita hadapi banyak masalah,” katanya merujuk kepada bekas perdana menteri Abdullah AhmadBadawi dan Najib.
 
.

“(Proton) buat banyak duit. Mereka bina Tanjung Malim dengan duit sendiri. Ia usaha sama yang menguntungkan. Dah tentu kemudiannya, kerajaan mula campur tangan,” katanya, memetik kegagalan menyediakan geran penyelidikan dan usaha untuk memperkasakan vendor. – Gambar EPA, 23 Januari, 2018.

Katanya, projek seperti Proton dapat dipertahankan di bawah pentadbirannya.

“(Proton) buat banyak duit. Mereka bina Tanjung Malim dengan duit sendiri. Ia usaha sama yang menguntungkan. Dah tentu kemudiannya, kerajaan mula campur tangan,” katanya, memetik kegagalan menyediakan geran penyelidikan dan usaha untuk memperkasakan vendor.

Dalam masa sama, Dr Mahathir turut menyalahkan kerajaan Najib yang didakwa menjual tiga pulau di Kedah kepada orang luar untuk dibangunkan.

“Dah tentu, di Langkawi sendiri… Ia pekan yang canggih di mana rakyat Langkawi hanya perlu tengok ke atas untuk lihat bangunan setinggi 60 tingkat, (bangunan) yang mereka sendiri tak berpeluang untuk masuk.

“Saya pun tak tahu bahagian Malaysia mana lagi yang Najib akan jual lagi. Tapi, bila dia perlukan duit, dia akan jual beberapa kerat tanah. Mungkin Melaka lepas ni,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding di Langkawi, beliau mengulang kembali kenyataan sebelum ini yang beliau akan pilih sama ada akan bertanding di Langkawi, Kubang Pasu atau pun Putrajaya.

Apabila disoal wartawan yang pemimpin DAP Zahid Ibrahim yang ketiga kerusi itu bukan “kerusi selamat,” dan Dr Mahathir tidak perlu bertanding di mana-mana, beliau menjawab: “Jadi, saya tak boleh bertanding lah kalau semuanya tak selamat.”

“Saya akan beritahu bila tiba masanya,” kata Dr Mahathir bila beliau akan mengumumkan pencalonannya itu. – 23 Januari, 2018

Artikel - themalaysianinsight

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052