Quantcast
Channel: MMFC News Portal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052

PERTEMUAN PPBM DENGAN ROS ( Sidang Media )

$
0
0

21 Nov 2017 Putrajaya

Pertemuan dengan hasil yang memuaskan dan positif telah berlangsung seperti berikut:

PPBM telah memaklumkan :

1. Situasi perkembangan penubuhan PPBM terkini dengan status PPBM dalam proses penubuhan sebagai sebuah parti baru;
2. PPBM kini dalam proses penubuhan bahagian-bahagian yang berusia kurang dari setahun dengan sayap-sayap PPBM;
3. Cawangan-cawangan masih belum ditubuh lagi; dan
4. PPBM akan memenuhi kehendak ROS seperti yang diperlukan oleh Perlembagaan PPBM dan Akta Pertubuhan.

ROS telah mengambil maklum :

1. Status PPBM sebagai sebuah parti yang baru ditubuhkan dan masih dalam proses penubuhan; dan
2. ROS telah bersetuju untuk PPBM membuat usul yang sesuai bagi melaksanakan Perhimpunan Agong sesuai dengan status PPBM sebagai sebuah parti baru dalam proses penubuhan.

PPBM & ROS bersetuju :

1. Dua-dua pihak akan meneliti secara bersama kelak usul dari PPBM;
2. Penasihat Undang-Undang ROS dan peguam PPBM akan secara bersama meneliti usul yang akan dikemukakan; dan
3. Akan selesaikan isu berkaitan dalam tempoh tidak lama lagi.

"Terima kasih ROS. Terima kasih kepada semua ahli-ahli PPBM kerana bertenang. Kita berpuas hati dengan suasana yang baik dan ada persefahaman bagi melaksanakan kehendak perlembagaan. Perlu sedikit masa." kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052