Quantcast
Channel: MMFC News Portal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052

Hentikan Perhimpunan #722 Di Kuching Esok

$
0
0

Penganjur kepada perhimpunan #722 Sarawak Freedom And Independent Walk yang dijadual diadakan di Kuching esok dinasihat supaya menghentikannya atas faktor keselamatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis menerima maklumat bahawa terdapat pihak yang merancang untuk menggunakan perhimpunan itu sebagai platform untuk menghasut dan membangkitkan sentimen rakyat Sarawak agar keluar daripada Malaysia.

"Tindakan menghasut ini jelas bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penganjur dan anggota jawatankuasanya demi menjaga kesehjahteraan rakyat dan kedaulatan negara," katanya dalam satu kenyataan. -Bernama



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2052