Quantcast
Channel: MMFC News Portal
Viewing all 2052 articles
Browse latest View live

Badrol Bakhtiar Idam Kejayaan Kedah Era 2007, 2008

$
0
0

Badrol Bakhtiar mahu mengulangi kenangan manis semasa Kedah menewaskan Selangor dalam final Piala Malaysia pada tahun 2008.

Peluang ini bakal dikecapinya apabila skuad Helang Merah bertemu The Red Giants di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.

Badrol, 27, masih merupakan pemain junior ketika pertemuan 2008 itu.

"Saya akan manfaatkan pengalaman pada 2008 itu sepenuhnya untuk membantu pasukan Kedah dalam memburu kejuaraan kali ini. Ia mungkin permulaan untuk mengulangi semula kejayaan Kedah era 2007 dan 2008," katanya.

Beliau berkata Kedah musim ini menampilkan corak permainan berbeza di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe dan kini diambil alih oleh pemangku jurulatih Ramon Marcote.

Penjaga gol Helang Merah, Mohd Firdaus Muhamad pula berkata pengalamannya beraksi bersama Harimau Muda B akan dimanfaat sepenuhnya pada final nanti.

"Saya akui tertekan sebagai penjaga gol utama tetapi saya akan cuba hilangkan tekanan dan gementar dalam suasana stadium yang dibanjiri dengan penyokong serta memberi fokus sepanjang 90 minit dalam padang," katanya.

-- BERNAMA

Umno Kedah #PAU2015

Saya Tetap Setia Kepada UMNO - Dr Mahathir

$
0
0


Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian bahawa kesetiaannya kepada UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah goyah.

Bekas perdana menteri itu berkata sekiranya benar beliau dikatakan mahu menghancurkan UMNO, beliau mempunyai banyak peluang sepanjang 22 tahun menerajui kepimpinan parti dan negara.

"Saya mempunyai banyak peluang kalau kata saya nak hancurkan UMNO tapi pada masa kepimpinan saya, UMNO tak hancur pun.

"Saya boleh letak jawatan semasa negara mengalami krisis kewangan pada 1998 dan ketika isu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dahulu tetapi saya tidak berbuat begitu.

"Saya hanya meletak jawatan pada tahun 2002 setelah semua masalah dan krisis kewangan pulih. Dan kini saya pula dituduh mahu menghancurkan UMNO," katanya pada sesi dialog bersama beliau anjuran Ketua Cawangan Badlishah, Kedah, Anuar Abdul Hamid di sini, hari ini.

Turut hadir bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Sanusi Junid dan anggota bahagian dari Kedah, termasuk Pendang, Merbok, Kubang Pasu dan Baling.

Mengulas ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata tugas timbalan presiden parti seharusnya membantu presiden, Dr Mahathir berpendapat maksud 'bantu' dalam Perlembagaan UMNO bukannya semata-mata menyokong tetapi juga menasihati dan menegur presiden sekiranya terdapat sebarang isu dalam urusan pentadbiran.

Selain itu, Dr Mahathir berkata anggota UMNO harus menguatkan pendirian dan tidak mudah terpesona dengan tawaran dan sogokan mana-mana pihak sekiranya mahu UMNO terus kekal relevan.

"Kita kena jaga kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat," katanya.

Ketika mengulas mengenai kesediaan UMNO untuk menjalin kerjasama politik atau tahalul siyasi dengan PAS, Dr Mahathir berkata ia telah lama menjadi cita-cita UMNO.

"PAS asalnya adalah Ulama' UMNO juga tapi kalau nak jalin kerjasama hendaklah pastikan kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi matlamat dan perjuangan," katanya.

-- BERNAMA

Tak Pernah Duga Dr Nawar Jadi 'Orang Besar' - Ibu

$
0
0


Senyuman bangga akan terukir di bibir Raziah Mustafa, 83, setiap kali melihat anaknya Dr Muhammad Nawar Ariffin dikerumuni orang ramai yang mahu bersalaman dan mengambil gambar.

Raziah sendiri seakan-akan tidak percaya anaknya sudah menjadi 'orang besar' memandangkan mereka bukanlah datang dari keluarga yang senang, sebaliknya beliau dan suami, Allahyarham Ariffin Ahmad terpaksa bertungkus-lumus menoreh getah demi memastikan enam anaknya tidak tidur dalam keadaan perut kosong.

"Setiap kali hujan, makcik dan suami akan susah hati. Bagaimana dengan belanja hari itu kerana kami tidak boleh keluar mengambil upah menoreh," katanya kepada Bernama semasa ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dr Muhammad Nawar, 39, merupakan antara pakar ortopedik termuda di Malaysia dan kini berkhidmat di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya serta pernah dinoabatkan sebagai Ikon Belia 2011/2012 bagi kategori sosial dan politik.

Anak jati Pokok Sena, Kedah itu berkelulusan bidang perubatan dari Universiti Malaya dan juga merupakan seorang daripada lapan finalis calon angkasawan negara.

Bercerita mengenai Dr Muhammad Nawar, Raziah menyifatkan anaknya sebagai 'keras hati' dalam menuntut ilmu walaupun beliau sendiri pernah mengalir air mata melihat pakaian sekolah anaknya bertampal setelah digunakan selama dua tahun.

"Mak, adik (gelaran Dr Muhammad Nawar) nak mengaji (belajar). Kalau adik tak pulun (berusaha keras), semua kita akan susah," katanya mengenang percakapan Dr Mohammad Nawar semasa berada di darjah empat.

Raziah berkata beliau juga berterima kasih kepada guru-guru sekolah anaknya kerana tidak pernah berkeras dalam soal kewangan, walaupun ada masanya mereka mengalami kesukaran untuk membayar yuran.

Beliau menambah sebahagian besar guru-guru anaknya juga pernah 'berbisik' kepadanya bahawa Dr Muhammad Nawar akan menjadi 'seseorang' ketika mereka berjumpa di kantin sekolah, di mana Raziah melakukan kerja sambilan untuk menambah pendapatan keluarga.

"Tapi adik sangat faham. Dia tak pernah meminta-minta. Pernah semasa di universiti, adik perlukan duit... Tiga kali dia balik, tapi sampai rumah dia tak mampu minta sebab tengok mak ayahnya susah. Kali keempat baru dia bisik pada saya untuk sampaikan pada ayahnya," katanya.

Dr Muhammad Nawar yang sesekali melirik ke arah ibunya berkata beliau enggan mengalah walaupun pernah terpaksa makan mi segera sekali sehari pada zaman universiti, kerana menyedari hanya pendidikan akan mengubah nasib keluarganya.

"Sebab itu saya mahu melihat semua khususnya orang Melayu untuk mengambil peluang bagi memajukan diri," kata perwakilan UMNO dari Kedah itu.

Dr Muhammad Nawar yang sudah lebih sedekad bergelumang dalam bidang perubatan mengakui sangat menghargai sumbangan UMNO yang tidak pernah jemu menyediakan pelbagai bantuan untuk mereka yang memerlukannya.

Hari ini, Dr Muhammad Nawar yang hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2015 di sini, amat terharu apabila presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak memetik namanya dalam ucapan dasarnya pagi tadi.

Najib merujuk ucapan Dr Muhammad Nawar pada perhimpunan agung tahun lalu, yang menceritakan kedaifan hidupnya dan mengakui 'setiap butir nasi dimakan, adalah rezeki kurniaan Allah, hasil titik peluh perjuangan UMNO'.

Najib menjadikan contoh kisah hidup Dr Muhammad Nawar itu sebagai antara kejayaan UMNO dalam membela serta mengubah nasib orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Sambil bersyukur kerana negara ini diperintah oleh kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO, Dr Muhammad Nawar berkata: "Kejayaan UMNO sebagai pentadbir negara memastikan semua mendapat peluang terbaik dan menggubal polisi dan dasar yang bukan hanya mengubah nasib satu individu, tetapi seluruh keluarga," katanya.

Dr Muhammad Nawar yang kehilangan ayahnya pada 2004 juga berkata beliau berasa sangat puas apabila dapat menunaikan pelbagai perkara yang tidak dapat 'diimpikan' ayahnya seperti menaiki kapal terbang, selepas berjaya dalam bidang perubatan.

-- BERNAMA

Kisah Sang Helang - Mukhriz Mahathir

$
0
0

Jarang-jarang seumur hidup kita, kita berpeluang untuk perolehi pencapaian yang paling luar biasa. Tidak semua orang di dunia ini diberi peluang seperti itu. Kebanyakan dari kita hanya melalui hidup harian yang rutin - yang biasa-biasa saja. Tiada yang luar biasa dalam hidup kita.

Mungkin ada di kalangan kita tidak berminat atau takut kepada yang luar biasa. Seboleh-bolehnya hendak mengelak dari terpaksa melakukan sesuatu yang luar dari kebiasaan.

Namun sesungguhnya, selagi kita tidak keluar dari kepompong selesa, kita sebenarnya menidakkan peluang untuk mencapai kecemerlangan luar jangkaan.

Percayalah, kita sebenarnya dikurniakan Allah SWT untuk mencapai apa jua cita-cita kita meskipun ia setinggi langit. Apa yang diperlukan ialah iltizam dan semangat juang yang mencabar keyakinan diri kita sendiri.

Sebelum ini, siapa sangka sebuah negeri yang serba serbi kekurangan boleh mencapai sesuatu yang luar biasa, termasuk dalam arena sukan bolasepak. Dari beraksi dalam Liga Perdana, Kedah telah menongkah arus, menangkis segala persepsi apabila berjaya memenangi piala liga tersebut, sekaligus layak ke Liga Super. Tanggapan bahawa pasukan Kedah tidak perlu digeruni terus meleset sama sekali.

Kini sekali lagi, apa yang didakwa mustahil menjadi realiti. Kedah telah mara hingga ke pertandingan akhir piala yang paling berprestij - Piala Malaysia. Pasukan yang lebih hebat tumpas dalam saingan. Siapa yang pernah sangka Kedah dapat mengatasi pasukan-pasukan Liga Super untuk sampai keperingkat akhir Piala Malaysia?

Tapi cabaran yang getir dihadapan kita masih perlu diatasi.
-----------
Helang adalah raja di langit, yang berada paling atas dalam kalangan spesis burung. Helang dikaitkan dengan imej gagah berani, kuat, pantas, luas pemandangan, dan tajam tumpuannya.

Namun ramai tidak tahu bahawa pada usia 40 tahun, helang akan menghadapi cabaran yang menentukan hidup matinya. Pada ketika itu paruhnya sudah terlalu tumpul dan bengkok untuk mematuk makanan. Kuku kakinya juga sudah bengkok dan tidak boleh mencengkam mangsa. Bulunya terlalu tebal dan berat hingga menyusahkan ia terbang.

Kalau dibiar, tentu akan mati. Maka terbanglah ia ke puncak tertinggi di atas mana ia akan memecahkan paruhnya dengan mengetuk batu. Pecah setelah menanggung sakit yang teramat sangat, ia tunggu sehingga paruh baharu tumbuh.

Dengan paruh baharu, ia akan cabut kuku-kuku kakinya hingga berganti kuku baharu. Kemudian bulu pula dicabut satu persatu sehingga tumbuh bulu-bulu baharu. Setelah menahan sakit yang begitu perit itu, helang lahir semula sebagai pemangsa gagah perkasa, kembali menguasai langit.

Lang Merah Kedah juga telah melalui tempoh penuh duka, lara dan seksa. Esok 12/12/2015, kita sekali lagi dituntut melakukan sesuatu yang luar biasa. Kerana apa yang bakal dikecapi adalah kegemilangan yang juga sangat luar biasa.

Ayuh Lang Merah! Bara dalam genggaman usah dilepaskan. Barisan sudah tersusun, genderang perang sudah dipalu. Langkahlah dengan semangat yang membara. Harapan penyokong setia setinggi gunung usah dihampakan, pastikan Piala Malaysia milik kita. Ayuh Kedah! Sabtu ini, beraksilah gagah berani! Lusa kita lahir semula - disegani dan dihormati semua.

Mukhriz Mahathir 

Sidang Media pra-perlawanan FINAL TM Piala Malaysia 2015

$
0
0

Sidang media pra-perlawanan FINAL TM PIALA MALAYSIA 2015 yang dihadiri jurulatih dan ketua pasukan Selangor dan Kedah di Stadium Shah Alam.

Mehmet Durokovic bersama Shahrul Kalam dari Selangor manakala Kedah diwakili jurulatih interim iaitu Ramon Marcote dan ketua pasukan, Khairul Helmi Johari.




Sidang media pra-perlawanan FINAL TM PIALA MALAYSIA 2015 yang dihadiri jurulatih dan ketua pasukan Selangor dan Kedah di...
Posted by Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah - on Friday, 11 December 2015

TENTATIF KEPADA SEMUA PENYOKONG KEDAH UNTUK PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2015

$
0
0


Ayuh kita bersatu dibawah SATU PANJI SATU SUARA, Shah Alam kami mai.

TENTATIF KEPADA SEMUA PENYOKONG KEDAH UNTUK PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2015, DI PIMPIN OLEH UK09.

1) Semasa player masuk padang dan semasa sesi warm up, UK09 dan penyokong lain akan ikut sama bernyanyi lagu, Hari Ini Kita Mesti Menang.


Ayuh ayuh ! Ayuh oh Kedahku
Hari ini ! Kita mesti menang

2) Semasa pemain melangkah masuk (lagu fairplay) dan 3 lagu berkumandang, lagu negeri Selangor, Kedah dan Negaraku semua penyokong akan angkat mafla, belon, bendera dan tifo.

3) Bacaan doa akan dibuat selepas habis 3 lagu negeri berkumandang.

4) Mega clapping akan dijalankan selepas bacaan doa.

5) Selepas mega clapping, semua penyokong diseru untuk bersama-sama menyayikan Lagu Biar Jasa Jadi Kenangan

Free kick and corner kick, gendang untuk chant gol gol gol adalah dari UK09.

Harap dapat kerjasama dari semua penyokong Kedah Darul Aman semasa di Shah Alam nanti. Salam kasih sayang Kedah Serata-Rata

Kedah Mampu Julang Piala Malaysia Musim Ini - Tan

$
0
0


Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe yakin skuad Helang Merah mampu mengulangi kejayaan berganda musim ini dengan menjulang Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Shah Alam, esok.

Tan berkata selepas pasukannya itu menjuarai Liga Perdana musim ini, keyakinan pemain-pemainnya semakin baik dan matang terutamanya selepas berjaya melepasi saingan suku akhir dan separuh akhir Piala Malaysia.

Beliau berkata pasukan itu telah bekerja keras dan perlu mengekalkan momentum untuk merampas semula Piala Malaysia yang pernah dimenangi pada 2008.

"Tahniah kepada pasukan, saya sangat berbangga dengan semangat juang yang mereka tunjukkan sepanjang perlawanan Piala Malaysia ini.

"Saya sering berhubung dengan Ramon Marcote tentang prestasi pasukan. Apa yang saya lihat keyakinan pasukan lebih meningkat, tekanan pemain juga semakin berkurang tidak seperti ketika saingan Liga Perdana," katanya kepada Bernama.

Tan menyerahkan tugasnya sementara kepada Marcote kerana perlu mengikuti kursus kejurulatihan lanjutan lesen A di China sejak Nov lalu.

Katanya beliau akan bersama-sama pasukan serta Marcote di perlawanan final esok.

"Sebagai ketua jurulatih, saya akan bersama pasukan, semua jurulatih dalam pasukan telah bersama-sama memantapkan pasukan sejak saingan Liga Perdana lagi. Sudah pasti semua kena bersama-sama pasukan esok.

Sebagai rekod Kedah pernah menundukkan Selangor dengan kemenangan dramatik untuk menjulang Piala Malaysia pada 2008.

-- BERNAMA

Dapatkan Haruman Kereta Hijau Kuning Di Stadium Shah Alam

$
0
0


Hangat Di Pasaran !!!

Jom dapatkan Produk Khas KFA ..
Pewangi Kereta Haruman Hijau Kuning .

Dengan 4 Haruman Pewangi

- Vanila
- Spakling Lemon
-Honeydew
- Aqua

Hanya RM10 sekotak

Agen KL / Selangor
0182500041

Agen Kedah

0186693454 - Langkawi
0194973126/0104631100 - Baling
0134436139 - Stadium/Uptown
0134849271- Pendang
0134907135 - Padang terap
0132755200 - Gurun/Guar/Yan
0143079036 - Kuala Kedah
0194440623 - Sik
01136193609 - SP Utara
01129579196 - SP Selatan
0125733757 - Alor Setar/ Simpang 4

Daftar Agen/wakil Jualan

Call/Whatsapp : 0132755200

Biar Jasa Jadi Kenangan
#FinalPialaMalaysia2015
#LigaSuper2016
#JuaraLigaPerdana2015
#HarumanHijauKuning

# Dapatkan Di Gerai Jualan di Stadium Shah Alam 12 Disember 2015 ini

Video Detik Ayahanda Tun Dr Mahathir Keluar Dari Dewan Perhimpunan

Perjuangan Kami Tidak Akan Berhenti' - Kapten Kedah

$
0
0


Naib juara Piala Malaysia, Kedah tekad untuk bangkit pada saingan Piala Malaysia musim depan bagi menebus kekecewaan selepas tewas 0-2 kepada Selangor dalam perlawanan final di Stadium Shah Alam, Sabtu malam.

Ketua pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari berkata perjuangan skuad Helang Merah tidak akan berhenti dan akan memperbaiki kelemahan untuk beraksi cemerlang di saingan Liga Super dan Piala Malaysia tahun depan.

"Sudah tentu kita kecewa. 'Target' kita untuk menang Piala Malaysia tapi kami kalah. Sasaran utama kita adalah layak ke Liga Super tahun depan dan tercapai, final Piala Malaysia ini adalah bonus, namun rezeki kita hanya setakat ini.

"Terima kasih kepada semua, pemain dan pegawai yang terlibat dengan pasukan Kedah pada tahun ini. Dalam bola sepak kadang-kadang kita menang, kadang-kadang kita kalah...kita terima dengan hati terbuka," katanya kepada pemberita selepas perlawanan Piala Malaysia.

Kedah bermula baik pada musim ini apabila pasukan kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe berjaya naik ke Liga Super musim depan dengan menjuarai Liga Perdana.

Kedah, selaku juara Liga Perdana musim ini, pernah menjuarai Piala Malaysia empat kali pada 1980, 1993, 2007 dan 2008.



-- BERNAMA

RM15,000 Untuk Setiap Pemain Utama Kedah - Mukhriz

$
0
0


KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini mengumumkan imbuhan RM15,000 untuk setiap pemain utama pasukan bola sepak Kedah yang muncul Naib Juara Piala Malaysia musim ini.

Mukhriz berkata dengan pencapaian luar biasa skuad Helang Merah sehingga berjaya bergelar Naib Juara, imbuhan itu dianggap sebagai berpatutan biarpun bukan jumlah yang besar.

"Kita tahu skuad Kedah berjuang tanpa imbuhan yang besar selama ini. Namun dengan pencapaian luar biasa ini, melalui perbincangan kita setuju untuk memberi imbuhan ini," katanya kepada pemberita pada majlis santapan malam meraikan pasukan Kedah di Istana Negara malam ini.

Mukhriz berkata bagi pemain lain imbuhan turut diberikan berdasarkan peratusan masa yang mereka luangkan bermain untuk pasukan.

Katanya, misi pasukan itu seterusnya ialah menumpukan pada perlawanan Liga Super musim depan.

"Sekarang ini pasukan akan berehat sehingga Februari ini. Selepas itu tumpuan adalah bagi memantapkan lagi pasukan untuk musim depan," katanya.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis santapan malam meraikan pasukan bola sepak Kedah itu.

Kedah mara ke final Piala Malaysia tahun ini berdepan Selangor selepas kali terakhir menjuarai piala itu pada 2008.

Namun Kedah tewas 0-2 kepada Selangor pada perlawanan di Stadium Shah Alam malam tadi.

-- BERNAMA

Agong Rai Pasukan Kedah Selaku Naib Juara Piala Malaysia 2015

$
0
0

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis santapan malam meraikan pasukan bola sepak Kedah selaku Naib Juara Piala Malaysia 2015 di Dewan Serbaguna Istana Negara, malam ini.

Turut berangkat Tunku Temenggong Kedah Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badli Shah, Tunku Laksamana Kedah Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badli Shah dan Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim dan ahli jemaah pemangku Sultan Kedah.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhkriz Tun Mahathir.

Kedah mara ke final Piala Malaysia tahun ini berdepan Selangor selepas kali terakhir menjuarai piala itu pada 2008.

Namun Kedah tewas 0-2 kepada Selangor pada perlawanan di Stadium Shah Alam malam tadi.

Sementara itu, Mukhriz ketika berucap berkata walaupun tidak menjulang piala berprestij berkenaan, pasukan Kedah nyata beraksi cemerlang pada musim ini.

"Walaupun hajat selama tujuh tahun untuk kembali menjulang Piala Malaysia masih tidak kesampaian, namun muncul Naib Juara membuktikan Kedah (berusaha) berhabis-habisan walaupun sebagai pasukan bukan pilihan pada awal musim," katanya.

Beliau berkata, misi untuk kembali membawa Piala Malaysia ke Kedah seperti kejayaan 2008 tetap akan menjadi agenda utama pasukan 'Helang Merah' itu.

Kerajaan negeri pada masa ini katanya telah melakukan pelbagai usaha bagi memastikan tahap dan kualiti bola sepak negeri terus cemerlang.

"Ia termasuk menaiktaraf Stadium Darul Aman demi keselesaan pemain dan penonton.

"Penukaran logo pasukan dari Kenari ke Helang Merah dengan perkenan Tuanku juga menyuntik semangat baharu pemain selain program pembangunan bakat-bakat baharu bola sepak negeri," katanya.

-- BERNAMA

Kedah Mahu Lahirkan Usahawan Dalam Aeroangkasa

$
0
0


Kedah berhasrat melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang aeroangkasa pada masa akan datang sekiranya projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Datuk Suraya Yaacob berkata ia sejajar dengan hasrat kerajaan negeri yang bercadang mewujudkan tujuh taman industri yang baharu pada masa depan termasuk industri aeroangkasa.

"Kita telah berjaya wujudkan satu daripadanya iaitu 'Rubber City' dan kita bercadang mewujudkan taman industri aeroangkasa sekiranya projek lapangan terbang itu dilaksanakan.

"Ia akan membuka peluang kepada usahawan bumiputera tempatan untuk menceburi bidang ini dan turut dibantu dengan pekerja mahir tempatan," katanya pada majlis penutup Karnival Permotoran Kedah 2015 di sini hari ini.

Katanya Majlis Amanah Rakyat (MARA) bertanggungjawab untuk merealisasikan impian itu dengan melahirkan tenaga kerja mahir dan teknousahawan dalam membantu merancakkan lagi ekonomi negara ini.

Sementara itu, Suraya berkata karnival permotoran yang diadakan sejak Jumaat lepas memberi peluang kepada usahawan tempatan mengetengahkan produk mereka kepada masyarakat luar.

Selain itu, katanya ia turut membuka peluang kepada mereka yang tidak bernasib baik dalam pelajaran untuk mendapatkan ilmu kemahiran di Institut Kemahiran Mara dan Giat Mara.

"Karnival ini membuka mata orang ramai mengenai kemajuan industri permotoran dan membangunkan budaya keusahawanan dalam bidang automotif berskala besar di negeri ini," katanya.

-- BERNAMA

Bekas Pemain Bawah 20 Ttahun Brazil Ganti Chidi Edeh

$
0
0

KUALA LUMPUR: Pemain import dari Brazil, Carlos Kahe menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk menggantikan Chidi Edeh dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. 

Kahe, 33, atau nama sebenarnya Carlos Eduardo de Souza Floresta pernah mewakili beberapa kelab Brazil antaranya Palmeiras dan Ponte Preta sebelum berkelana di Jerman bersama Borussia Monchengladbach. 

Mengesahkan perkembangan berkenaan, pengurus pasukan Kedah, Datuk Jeffrey Low Hang Chow, berkata bekas penyerang bawah 20 tahun Brazil itu yang kini beraksi dengan sebuah kelab divisyen dua Brazil, Oeste sudah menandatangani kontrak dengan KFA dan akan melaporkan diri di Stadium Darul Aman pada 15 Januari ini.

"Penyerang tinggi lampai itu akan mengambil tempat Chidi yang memutuskan untuk berpindah ke pasukan lain. "Dia pernah bermain bersama pemain import Kedah, Sandro da Silva dalam Liga Turki dan kami yakin dengan pengalamannya yang juga pernah berkelana di Jerman, mampu menambah sengat pasukan kami," katanya. 

Jeffrey berkata, pihaknya sudah mengkaji prestasi penyerang itu selepas dicadangkan oleh Sandro yang juga pakar sepakan percuma Helang Merah. 

"Kami mengkaji kemampuannya selepas Sandro mencadangkan nama Kahe yang juga seorang pemain yang bagus, malah Liridon Krasniqi juga pernah melihat dia bermain ketika di Turki. "Kahe akan diberi peluang selama tiga bulan untuk meyakinkan kami dan jika cemerlang, kami akan sambung kontraknya sehingga akhir musim. 

Itu syarat yang kami berikan kepadanya," katanya. Kedah mengekalkan Sandro, Krasniqi dan Bang Seung Hwan kerana berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan sepanjang saingan Liga Perdana dan Piala Malaysia 2015. Selain itu, Jeffrey turut mengesahkan Kedah turut menandatangani lima pemain Harimau Muda B termasuk penjaga gol, Mohd Farhan Abu Bakar bagi menghadapi cabaran musim depan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/105248

Discover Kedah 2016

$
0
0


Bagi memperlihatkan khazanah Kedah kepada orang luar, Menteri Besarnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir melancarkan bahan promosi yang dihasilkan khas untuk kempen ‘Discover Kedah 2016’.

Buat permulaan, kempen itu ditujukan kepada warga Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia bagi mendedahkan sejarah, warisan dan tradisi rakyat Kedah.

Dengan identiti ‘Kedah, Malaysia: Where It All Began’, Mukhriz berkata, Kedah negeri yang mengagumkan dan mahu memacu kedatangan pelancong untuk melihat sendiri keindahannya.

“Banyak yang boleh dilihat dan dilakukan di Kedah, tetapi ramai penduduk luar negeri ini, sama ada di Malaysia atau rantau ini, masih tidak menyedari apa yang kami tawarkan khususnya warisan sejarah.


“Pakar kaji purba dan ahli sejarah membuktikan Kedah tapak peradaban atau tamadun tertua di Asia Tenggara dan Kesultanan Kedah antara pemerintahan beraja berterusan tertua di dunia.

“Disebabkan itulah, identiti kempen ini menonjolkan mesej ‘Where It All Began”, katanya.

Menerusi pelancaran ‘Discover Kedah 2016’, selain video pemasaran sepanjang tiga minit, kempen itu juga memperkenalkan laman web ‘Disvover Kedah 2016’ iaitu www.discover-kedah.my dan www.facebook.com/discoverkedah2016 serta medium lain termasuk Instagram Discover Kedah, iklan di majalah dan akhbar, risalah dan bahan promosi.

Menurut Mukhriz, inisiatif pengiklanan, perhubungan awam serta media digital dan sosial diharap dapat menarik pelawat bukan saja dari Malaysia, malah luar negara.

“Kami percaya identiti jenama ‘Discover Kedah 2016’, termasuk pautan visual kepada identiti ‘Malaysia: Truly Asia’, akan menyokong usaha Tourism Malaysia mempromosikan negara ini.

“Langkawi destinasi paling terkenal di Kedah, tapi ada banyak lagi tempat yang menarik untuk dilawati dan layak mendapat pengiktirafan dan promosi,” katanya.

HMetro 


SUNSET CRUISE OF A LIFETIME #DiscoverKedah2016

Agong Dan Raja Permaisuri Hadir Majlis Santapan Amal YAYSH

$
0
0

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis Santapan Amal dan sambutan ulang tahun Ke-4 Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) di sini, Selasa malam.

Majlis berkenaan merupakan acara kemuncak kepada program YAYSH sepanjang 2015 bagi meraikan penyumbang, rakan media serta sahabat yayasan dengan berjaya mengumpul dana sebanyak RM2.5 juta.

Berangkat sama pada majlis berkenaan, Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah merangkap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan Tunku Puan Temenggong Kedah Puan Seri Tengku Maliha Tengku Ariff serta Tunku Panglima Besar Kedah Datuk Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Majlis turut diserikan dengan acara memotong kek dan pulut kuning sempena Hari Keputeraan Tuanku Abdul Halim selain persembahan beberapa penyanyi terkenal tanah air, termasuk Dayang Nurfaizah dan Anuar Zain.

YAYSH ditubuhkan pada Julai 2011 bertujuan mengumpul dana bagi mengurus dan menangani isu kebajikan anak-anak yatim.

-- BERNAMA

Ganjaran Pada Lang Merah Atas Pencapaian Luar Jangkaan

$
0
0

YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir ketika ditemui Ahad lepas semasa Majlis Santapan Malam bersama Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mengumumkan pemain skuad hijaukuning tetap akan diberi ganjaran walaupun tewas di FINAL TM PIALA MALAYSIA. Keluar sebagai Naib Juara TM Piala Malaysia tahun ini pencapaian yang diluar jangkaan.

Kesungguhan pasukan hijaukuning yang berjaya layak ke pentas FINAL walaupun tidak diberi harapan dan bukan pasukan pilihan membuktikan keazaman tinggi dari pemain-pemain.

YAB Dato' Seri Mukhriz mengumumkan ganjaran RM15,000 buat setiap pemain utama dan selebihnya pemain-pemain akan diberi ganjaran mengikut peratusan beraksi dalam saingan kali ini.

Skuad hijaukuning diberikan rehat cuti 3 minggu sebelum kembali berlatih dalam sesi latihan pra-musim 2016 2 Januari nanti.

Sumber : Page Persatuan Bolasepak Kedah

Kedah Sambar Pemain Brazil - Setiausaha Kehormat KFA

$
0
0

Kedah memilih pemain dari Brazil, Carlos Eduardo de Souza Floresta atau Carlos Kahe bagi memantap jentera serangan dalam saingan Liga Super tahun depan.

Carlos Kahe, 33, pemain kelab Oeste disyorkan rakan senegaranya Sandro Da Silva bagi menggantikan Chidi Edeh.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Aminuddin Omar berkata jawatankuasa KFA memutuskan untuk mengambil pemain tersebut berdasarkan prestasi yang ditunjukkannya ketika menyertai beberapa kelab di negaranya selain di Jerman dan Turki.

Carlos Kahe dijadual datang ke Kedah pada 15 Jan ini bagi proses suai diri serta dinilai seterusnya.

"Ketika ini pemain tersebut bebas dari sebarang kecederaan serius," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri.

Aminuddin berharap bahagian serangan yang tumpul sebelum ini dapat dibaiki dengan kehadiran pemain tersebut.

Beliau turut berterima kasih kepada Chidi Edeh yang telah membantu Kedah hingga mara ke final Piala Malaysia.

Selain Carlos Kahe, lima pemain Harimau Muda B termasuk penjaga gol Mohd Farhan Abu Bakar turut menandatangani kontrak bagi musim depan, katanya.

Sementara itu Aminuddin berkata pihaknya juga sedang menunggu keputusan daripada jurulatih kecergasan Ramon Marcote untuk mengisi kekosongan jawatan penolong jurulatih.

Beliau berkata Ramon yang kini berada di Sepanyol dipercayai sedang mempertimbangkan tawaran tersebut.

-- BERNAMA
Viewing all 2052 articles
Browse latest View live